Oct 21, 2008

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri KeADILan Negeri Pulau Pinang..


Salam Aidilfitri..!! Salam Reformasi..!! Salam Perjuangan..!!


Rumah Terbuka Aidilfitri KeADILan Negeri Pulau Pinang yang telah berlangsung di Dewan Jubilee, Sungai Dua pada hari Ahad yang lalu, bermula pada jam 12tghari hingga jam 5petang, berjalan dengan baik dan meriah.


Mengikut sumber dalaman, setakat jam 3petang, makanan yang dihidang pada Rumah Terbuka tersebut telah HABIS kerana sambutan orang ramai dan penduduk sekitar di luar jangkaan.


Namun pada saat2 akhir begitu, ada sukarelawan yang tampil membantu, menyalurkan sumber makanan untuk para tetamu...


Terima kasih diucapkan kepada penyumbang bihun goreng tambahan pada petang itu..


Tidak ketinggalan juga, Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Haji Abdul Rahman Abbas dan isteri turut hadir sebagai tetamu Kehormat pada petang itu.

Ketibaan TYT dan isteri disambut Ahli Parlimen Bayan Baru serta barisan ADUN2 KeADILan Negeri.


Di meja tetamu kehormat, TYT dan Ahli Parlimen B.Baru bersama Exco Kerajaan Negeri serta ADUN2 KeADILan.


Wanita KeADILan Bahagian2 dan Negeri turut membantu menyediakan makanan di gerai2 yang disediakan.




Dato' Zahrain menyambut para hadirin yang datang.


Kehadiran tetamu tidak mengira batas kaum dan bangsa,kecil mahupun dewasa..



Gambar pautan dari sumber di weblog WRLR dan PKR Bayan Baru

No comments:

Post a Comment

Harap Komen ANDA Adalah KOMEN yang MEMBINA ataupun Pandangan...