
KUALA LUMPUR: Pembaziran wang rakyat oleh rejim BN terus berlaku dan kali ini di Terengganu yang melibatkan kehilangan tiga buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilaporkan hilang di tiga tempat berasingan sepanjang tahun lalu.
Laporan mengenai kehilangan kereta itu diperoleh berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi 2008.
Wakil rakyat PAS/PR, Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika membangkitkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempertikaikan kehilangan itu yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.
Menurutnya, mengikut laporan itu kereta bernombor pendaftaran TAF 2277 yang digunakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu hilang di tempat letak kereta restoran makanan segera KFC di Batu Buruk di sini.
''Sebuah lagi kereta bernombor pendaftaran TAM 323 hilang di tempat letak kereta Tesco, Ampang, Selangor, manakala kereta bernombor pendaftaran TAF 8181 bagi kegunaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri hilang di rumahnya,'' katanya semasa membahaskan Bajet Terengganu 2010 pada persidangan DUN hari ini.
Jelasnya, beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menyedarkan betapa tidak seriusnya pegawai kerajaan negeri dalam mengawasi dan menjaga kereta milik kerajaan.
''Saya bukan mereka-reka cerita tetapi pendedahan dibuat setelah meneliti laporan tersebut. Walaupun semakan audit mendapati tiga pegawai telah membuat laporan polis pada hari kehilangan tetapi pemantauan kurang dilakukan.
''Sehingga kini satu kes kehilangan kenderaan (TAF 2277) telah selesai manakala dua kes lagi masih di tangan Jawatankuasa Penyiasat,'' katanya.
Sebuah dari kereta itu telah ditemui manakala dua lagi kekal hilang.
Sementara itu, turut dilaporkan hilang awal tahun ini ialah sebuah jengkaut milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang hanya dijumpai di tempat pembuangan sampah MBKT di Kampung Tok Koh, Sungai Ikan.
Beliau berasa hairan bagaimana jengkaut sebesar dan seberat puluhan tan metrik itu boleh hilang tambahan pula harganya mencecah RM1 juta.
sumber : EraPakatan.com
http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/
http://amkbayanbaru.blogspot.com/
http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/
http://n37batumaung.blogspot.com/
http://kerissilau.blogspot.com/
http://n12adunpenanti.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "








Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, pemberian bonus pada peringkat awal sebanyak RM500 setiap orang dan tambahan sebanyak RM250 menjadikan keseluruhan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dibawah Dana Bantuan Khas Kewangan 2009 adalah sebanyak RM2,653,500.


penegasan di sini, bahawa AMKPP tidak pernah menolak mana-mana perhimpunan yang dilakukan oleh rakyat sebelum ini termasuklah yang dianjurkan oleh penduduk Kampung Buah Pala. Adalah tidak benar dakwaan tersebut jika dilabelkan AMKPP menolak hak kebebasan bersuara setelah Kerajaan Pakatan Rakyat mendapat mandat untuk mentadbir Pulau Pinang. AMKPP sedar bahawa sekiranya kami menolak perhimpunan secara aman, ianya bercanggah dengan apa yang kami perjuangkan selama ini.
Pemuda BN seolah-olah Kerajaan Negeri tidak prihatin dengan penduduk Pulau Pinang. Jelas semua tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri di Kampung Buah Pala adalah jalan yang terbaik yang mampu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam mendengar rintihan bagi mencari penyelesaian kepada isu berkenaan. AMKPP juga telah membangkitkan perbezaan di antara penyelesaian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terhadap isu Kampung Buah Pala, berbanding dengan tindakan Kerajaan Negeri BN dahulu terhadap penduduk nelayan Kampung Sungai Batu Pulau Pinang. Itu perlu dijawab terlebih dahulu oleh Pemuda BN terutamanya Pemuda UMNO Pulau Pinang. AMKPP juga membangkitkan layanan 'Double Standard' pihak polis ketika berdepan dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Barisan Nasional serta laporan berat sebelah berita TV3 terhadap perhimpunan tersebut yang hanya bersifat memburukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
besar terhadap rakyat seperti isu kenaikan harga minyak yang membebankan, perhimpunan BERSIH bagi membersihkan Suruhanjaya Pilihanraya yang terpalit dengan ketidakpercayaan rakyat, pemansuhan akta ISA yang menzalimi rakyat dan pelbagai lagi. Berbeza dengan demonstrasi anjuran BN hanya lebih daripada memanipulasi pemikiran rakyat dengan tipu helah mereka yang jelas bukannya untuk kepentingan rakyat. Khairy Jamaluddin juga selaku Ketua Pemuda UMNO pernah mengeluarkan kenyataan bahawa para demonstran adalah seperti 'Beruk'. Khairy perlu dipersoalkan mengenai prinsip beliau dalam isu ini apabila yang terlibat dalam demonstrasi di depan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tempoh hari, majoritinya adalah di kalangan ahli yang beliau pimpin, di mana beliau juga Pengerusi Pemuda BN Malaysia.











