Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

May 28, 2010

SeLamat BerKongres

Selamat Bersidang & Berkongres kepada para perwakilan maupun pemerhati KeADILan yang berpeluang kali ini di Kota Bharu, Kelantan.

Angkatan Muda KeADILan Malaysia telahpun secara rasmi semalam bersidang setelah dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Senator Dr. Syed Husin Ali.

Gerombolan rombongan 'cik kiah' terdiri dari para pemerhati bersama perwakilan dari Cabang Bayan Baru akan bertolak malam ini untuk menuju ke Kota Bharu dengan sebuah bijik bas persiaran yang telah ditempah khas.

Tahniah dan semoga Selamat dalam perjalanan serta Selamat Bersidang, Selamat Berkongres Semua.

Demikian dibawah, sedutan intipati ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden malam tadi... ~ dari Malaysiakini

'Lompat katak' perkukuhkan PKR

Timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali meminta perwakilan parti supaya bersikap positif ke atas tindakan "lompat katak" yang dilakukan beberapa pemimpinnya sebelum ini.

LAGI BERITA [DISINI]...


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://aidilsaloon.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://sangklibot.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://tunsabanbalek.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada Tempat Untuk Pengkhianat & Pelacur PoLiTik

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin hari ini menyatakan ikrar untuk membersihkan parti itu daripada "para pengkhianat."

Tanpa menamakan "pengkhianat" tersebut, Shamsul Iskandar juga menyifatkan golongan tersebut sebagai "pelacur politik."

"Kita akan terajang pelacur-pelacur politik ini," katanya ketika berucap di pembukaan kongres sayap pemuda parti itu Kota Bharu malam ini.

Beliau dalam pada itu juga menyeru para perwakilan supaya meneliti perbahasan yang akan berlangsung.

Ini kerana, beliau akan membuat satu pendedahan penting berhubung kegiatan seorang lulusan universiti antarabangsa.

Katanya lagi, individu tersebut juga mempunyai hubungan rapat dengan seorang kenamaan.

Dalam sidang media selepas itu, Shamsul berkata individu lelaki tersebut, pernah dilaporkan akhbar New York Times sebelum ini.

Ditanya lagi siapakah individu yang dimaksudkan itu, beliau berkata perkara itu hanya akan didedahkannya esok.
Jelasnya, beliau membuat pendedahan itu bagi menunjukkan bahawa golongan bijak pandai juga tidak terkecuali daripada melakukan kegiatan seperti menipu.

Tambahnya, pendedahan itu juga bagi menjelaskan pendirian parti itu dalam meletakkan calon dalam pilihan raya selepas ini.

"Kadang-kadang kepandaian tidak jamin (seseorang itu) jadi pemimpin yang baik (apabila) ia digunakan untuk menipu," katanya. ~ malaysiakini

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://aidilsaloon.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://sangklibot.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://tunsabanbalek.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

May 24, 2010

Banjir Kilat Di Teluk Bahang, Guan Eng Bidas Azhar

PULAU PINANG, 23 MEI: Ketua Menteri, Lim Guan Eng menganggap Pengerusi Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (Perda) Datuk Azhar Ibrahim tidak mengenang budi kerana menyalahkan kerajaan negeri apabila berlaku banjir kilat di kawasan projek perumahan di Kuala Sungai Pinang, Teluk Bahang, di sini.

Lim berkata kerajaan negeri selama ini terlalu banyak membantu mempermudahkan pelaksanaan projek pembangunan oleh Perda di negeri itu.

"Mulai hari ini kita akan tegas. Sebelum ini kita nak bantu Perda. Mereka buat projek semua boleh. Tapi sekarang, bila jadi banjir kilat dia (Azhar) salahkan kita pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hepatitis Pulau Pinang di sini hari ini.

Semalam, Azhar membidas tindakan Lim yang mengeluarkan arahan pemberhentian kerja projek berkenaan dan Azhar juga menyangkal dakwaan Ketua Menteri bahawa banjir kilat itu disebabkan oleh masalah perparitan.

Azhar dilaporkan berkata Perda tidak akan membesarkan longkang seperti yang diarahkan oleh Lim dan lembaga itu akan mengikut pelan asal projek yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Lim berkata kerajaan negeri akan menyiasat mengenai kelulusan pelan projek berkenaan.

"Sekiranya betul (pelan projek itu diluluskan sebegitu) kemungkinan ia diluluskan ialah kerana saya telah meminta pihak kerajaan negeri bekerjasama dengan agensi pusat.

"Mungkin kerana kita terlalu bekerjasama (dengan agensi pusat) sehingga membawa padah," katanya.

Beliau berkata isu membesarkan longkang itu tidak sepatutnya timbul kerana kontraktor yang dilantik oleh Perda untuk melaksanakan projek itu telah bersetuju untuk berbuat demikian.

"Mengikut laporan MPPP, punca banjir kilat berlaku di kawasan itu ialah masalah perparitan," katanya.

Projek perumahan yang sedang dibangunkan oleh Perda itu melibatkan 216 unit rumah kos rendah dengan harga RM38,000 setiap unit. ~ (Bernama)


--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

MP Kapar Ulas Cerita 'Sidang Media', Ingat Jasa Penyokong

AMPANG 23 MEI: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang kebelakangan ini digembar-gembur kononnya bakal keluar parti termasuk dakwaan pengumuman mengadakan sidang media, menceritakan apa yang dilakukannya pada hari semalam.

"Waktu pagi macam biasalah. Saya jumpa dengan masyarakat dan pengundi saya di Pusat Khidmat. Kemudian sekitar jam 11 pagi, saya ke Puncak Alam berjumpa dengan Dr Hamka, bekas setiausaha.

"Selepas itu, saya tertinggal handphone. Saya berbincang-bincang, kemudian balik dan ada banyak miss call. Saya telefon semula. Saya bercakap dengan (Naib Presiden PKR), Azmin Ali, dia tanya, betulkah saya mahu lompat?

"Saya kata, tidak. Pendirian saya jelas. Bukan pasal isu ini sahaja tapi atas apa isu sekalipun saya tetap bersama parti," katanya kepada TV Selangor, malam tadi.

Pendirian ini diulangi Manikavasagam pada ceramah di Ampang malam tadi, sekali gus berdepan ugutan melalui kejadian simbah cat yang dilakukan pihak tertentu.

Untuk sekian kali, Manikavasagam menafikan beliau akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi ahli Parlimen Bebas.

Beliau terpaksa mengulangi kesetiaannya berikutan ada usaha pihak tertentu yang tidak jemu-jemu menyebar fitnah, kononnya mahu keluar parti dengan mengaitkan pendedahannya berhubung isu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

"Saya masih ingat, ramai yang bantu saya ketika pilihan raya lalu. Mereka siang malam bantu saya, berhabis-habisan untuk saya. Saya ingat jasa mereka. Jangan harap boleh beli saya dengan wang. Saya teguh dengan parti," katanya. ~ TVSelangor


--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

May 17, 2010

Pakatan Rakyat Menang Di Sibu, Angin Perubahan Bertiup Di Sarawak

SIBU 16 MEI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebentar tadi mengumumkan calon Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng, berjaya memenangi Pilihan raya Kecil P212 Sibu dengan majoriti 398 undi.

Beliau memungut 18,845 undi mengalahkan calon Barisan Nasional, Robert Lau Hoi Chew yang mendapat 18,447 undi.

Calon Bebas, Narawi Haron cuma mendapat 232 undi.

Keputusan ini diumumkan oleh Pegawai Pilihan raya, Wong See Meng sebentar tadi.

Kemenangan Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kerusi Bukit Assek sekaligus menebus kekalahan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 25 April lalu.

Tidak seperti di Hulu Selangor, di mana media melaporkan dengan agak terperinci setiap pergerakan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional apabila keputusan hampir diumumkan, sehingga jam 8.45 malam tadi, tiada seorangpun pemimpin utama Barisan Nasional yang kelihatan tiba di Dewan Sivik Sibu.

Kejayaan Wong yang juga Pengerusi DAP Sarawak menandakan angin perubahan mula bertiup di Sarawak menjelang pilihanraya negeri yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun sebelum itu keadaan di pusat pengiraan di Dewan Sivik Sibu kecoh apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sehingga jam 9 malam masih belum mahu membuat pengumuman walaupun jumlah semua peti undi sudah siap dikira.

Ketika itu tiada alasan diberikan oleh SPR meskipun pemimpin Pakatan Rakyat mendesak supaya badan itu berbuat demikian.

Beberapa pemimpin DAP, termasuk Penasihat parti itu, Lim Kit Siang pergi ke pejabat SPR di Wisma Sanyan untuk mendapatkan penjelasan.

Sementara itu pemimpin DAP lain seperti Ronnie Liu berhadapan dengan pegawai-pegawai pilihan raya di Dewan Sivik menuntut pengumuman keputusan dibuat segera.

Bagaimanapun SPR dikatakan meminta polis mengarahkan semua pemimpin Pakatan Rakyat yang berada dalam Dewan Sivik beredar keluar.

Maklumat yang diperolehi dari dalam dewan membayangkan calon DAP, Wong Ho Leng, mendahului dengan majoriti lebih 2,600 undi sebelum dimasukkan kiraan undi pos.

Adalah difahamkan terdapat perbalahan berhubung undi pos.

Keputusan pilihanraya kecil ini agak lewat dari jadual diumumkan kerana difahamkan DAP membuat bantahan terhadap jumlah pengundi pos.

Seramai 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis telah membuang undi secara pos pada hari Khamis dan Jumaat lepas.

Bagaimanapun Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke yang berada di Pusat Undi Pos Sibu siang tadi membuat kenyataan membantah ketelusan proses undi Pos itu .

Beliau mendakwa jumlah pemilih yang mengundi melalui pos telah melebihi bilangan pengundi pos yang berdaftar untuk P212 Sibu.

SPR sebelum ini mengumumkan tidak sampai 60 % daripada 52,158 pengundi dalam pilihanraya kecil P212 Sibu keluar mengundi hari ini.

Pada kira-kira jam 10.40 malam undi pos dilaporkan dibawa masuk ke dalam dewan.

Pada 10.44 malam, calon Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng tiba di dalam dewan.

Calon BN, Robert Lau tidak kelihatan. ~ TVSelangor


* p/s - SPR cuba menipu bagi pihak BN? memang dasar parti komponen bn tak berdaftar...undi pos dipertikaikan oleh pihak Pakatan Rakyat kerana jumlah mengundi melebihi jumlah daftar pemilih undi pos...alahai SPR...

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

May 9, 2010

Catatan Dari Sibu...

Jam 6.20 pagi. Baru sahaja selesai menyediakan satu riasalah buat para petugas PAS di DUN Nangka, Parlimen Sibu sebagaimana diarahkan jentera parti semalam. Sebentar nanti akan ke Pekan Sibu untuk mengiringi calon Pakatan Rakyat dari DAP YB Wong HoLeng ke pusat penamaan calon.

Tenghari semalam telah mengiringi Dato Dr Hasan Ali bertemu para pengundi di sekitar Pekan Sibu. PAS Selangor menyediakan dua buah kenderaan khas siap dengan pelekat parti dan bendera PAS yang jarang-jarang berkibar di sini.

Ternyata kehadiran rombongan PAS menarik perhatian masyarakat dan ramai yang memang mengenali Dr Hasan, seorang tokoh motivator dan pengerusi program forum di TV kira-kira 20-30 tahun lalu.

Setiap kedai yang kami kunjungi pasti ada yang akan menegur dan mohon bergambar sekali lantas membuktikan betapa peramah dan baiknya hati penduduk tempatan di sini.

Dari Pekan Sibu kami kemudian ke DUN Nangka,ke markas besar operasi PAS. Kelihatan anak-anak muda para petugas dari seluruh Sarawak telah ada bersedia menghulurkan tenaga. Saya berjumpa bekas ahli parlimen Jeli, sahabat saya Sdr Affendi Mohamad. Turut berada di sana adalah Pengarang Siasah Sdr Sayuti MSO.

Turut tiba kemudian adalah YB Salahudin Ayub, YB Dr Nik Mazian dan ramai lagi.

Dari DUN Nangka kami kembali ke Pekan Sibu untuk minum petang. Sekali lagi disebuah restoran mamak, pemilik kedainya keluar menyambut kami dan mohon bergambar bersama Dr Hasan.

Kami kemudian menerima ketibaan rombongan Pemuda dan Muslimat PAS Selangor.Pemuda diketuai sendiri Ketua Pemuda Negeri Ustaz Hasbullah (ahli majlis Selayang) manakala Muslimat oleh Timbalannya Ustazah Mariam (ahli majlis bandaraya Shah Alam).

Sebelah malamnya kami kembali ke Markas Besar untuk mengikuti taklimat akhir sebelum penamaan calon. Majlis telah dipengerusikan Pesuruhjaya PAS Sarawak. Turut dihadiri oleh YB Tony Pua dan YB Dato Wan Rahim dari Jabatan Pilihanraya PAS Pusat. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Azman Shapawi dan Dr Mariah Mahmud.

Kini masing-masing menunggu proses penamaan calon. Jika semua selesai tengahari ini maka bermulalah tempoh kempen secara rasmi.

~ dari Roslan SMS Corner

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

May 6, 2010

ADUN Penaga Di Rujuk Ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan DUN Kerana Menghasut

Dewan undangan negeri Pulau Pinang kecoh hari ini apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (bawah) memberi amaran bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.

Mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis, Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) menjawab, DAP bukannya tidak menghormati jasa polis tetapi mereka tidak mengiktiraf Tan Sri Musa Hassan yang disifatkan sebagai tidak layak menjadi Ketua Polis Negara.

"Tidak ada salahnya kita mengkritik Musa Hassan (Tan Sri) kerana bagi kita dia tidak layak menjadi Ketua Polis Negara, ditambah lagi insiden terbaru melibatkan kematian Aminulrasyid (Amzah)", katanya

Azhar kemudian mengulangi lagi kenyataannya meminta agar pasukan tentera mengawal negara bagi menggantikan polis dan kenyataan itu menyebabkan beberapa penyokong kerajaan meminta Azhar menarik balik pandangannya kerana ia bersifat menghasut.

Ketua pembangkang itu kemudian menarik balik kenyataannya itu selepas akur dengan arahan Speaker supaya berbuat demikian.

Bagaimanapun beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dan mencadangkan Azhar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Usul untuk merujukkan Azhar (BN-Penaga) ke jawatankuasa itu dicadangkan oleh Jagdeep Singh (DAP-Datok Kramat) dan disokong oleh lebih 10 anggota penyokong kerajaan.

Jagdeep Singh semasa mengemukakan usul itu berkata ketua pembangkang itu melanggar peraturan 46 DUN yang melarang mana-mana anggota DUN menyebut perkataan yang berunsur hasutan dan memberontak serta bermusuhan antara kaum.

Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain yang meluluskan usul itu berkata, notis usul mengenai tindakan itu akan dihantar kepada Azhar.

Sementara itu, Azhar ketika ditemui Bernama berkata beliau bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan tidak khuatir terhadap sebarang tindakan yang bakal dikenakan.

"Saya bercakap seperti itu setelah Umno dan BN dihina dan dituduh sebagai rasuah, samseng dan sebagainya dan saya sanggup berhadapan dengan sesiapa pun walaupun dibawa ke mahkamah," katanya. ~ malaysiakini

* p/s - tak patot Ketua Pembangkang Negeri ni keluarkan kenyataan menghasut, bangkitkan sentimen perkauman dan ugutan kononnya peristiwa berdarah 13 Mei akan berulang dan tentera akan mengambil alih pihak keselamatan...dan kata rakyat tak mau polis jaga keamanan dan keselamatan, 'rakyat' bagi beliau, adalah penyokong kerajaan negeri, yang menolak kepimpinan amNGOk-apCO-Bn dari terus memerintah negeri ini...kononnya rakyat Pulau Pinang perlu dihukum...

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Al-Fatihah : Suami Pemangku Ketua Wanita KeADILan Bayan Baru Kembali Ke Rahmatullah

Salam Takziah diucapkan khasnya kepada Kak Pah ( Puan Latifah ~ pemangku Ketua Wanita KeADILan Bayan Baru) sekeluarga atas kembalinya Allahyarham Pak Yusop, menemui Pencipta Yang Maha Esa pagi tadi. Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis yang kritikal dan telah menghembuskan nafas terakhir di rumah beliau disamping orang-orang tersayang.

Jenazah akan dibawa ke Surau berhampiran Jalan Mahsuri, Bayan Baru untuk Solat Jenazah sebelum waktu Asar ini dan akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Gedong selepas waktu Asar untuk dikebumikan.

Al-Fatihah...

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Ucapan YB Pantai Jerejak di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Saya berterima kasih kpd Dato' Speaker kerana memberi peluang berbahas dalam dewan yang mulia ini.

Kita bersyukur selepas kerajaan BN tumbang dan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, banyak dasar-dasar kerajaan yang berjiwa rakyat telah dilaksanakan. Di antaranya paling ketara adalah Pengurusan pentadbiran ekonomi, peralihan dari belanjawan defisit ke surplus, sehinggakan Auditor General juga memberi pengurusan 4 bintang kepada negeri PP dan Selangor. Dengan adanya surplus ini, bolehlah kerajaan negeri mempunyai kekuatan untuk melaksanakan projek-projek yang berjiwa rakyat.

Selepas 2 tahun, saya telah memerhatikan beberapa masalah yang dihadapi oleh perkhidmatan awam kita. Kita mempunyai terlalu banyak jabatan yang menguasai benda yang lebih kurang sama. Saya ambil contoh. Air mengalir dari longkang ke parit kemudian ke sungai. Longkang di bawah jagaan MPPP, ada yang di bawah JKR. Parit ada yang di bawah JPS, ada yang di bawah JKR. Longkang tersumbat ada di bawah MPPP, ada di bawah JPS ada pula di bawah JKR. Padahal ini semua masalah yang sama.

Saya amat kagum apabila kita mesyuarat ke atas satu longkang kecil, atau teknikal visit, ramai pegawai kena ikut kerana di bawah jagaan party yang berlainan. Ini bukan sahaja satu pembaziran, pegawai-pegawai kerajaan juga pening kerana hari-hari kena hadir mesyuarat sahaja.

Saya sarankan supaya kerajaan negeri memulakan satu re-engineering exercise untuk consolidate jabatan-jabatan yang bertindih supaya satu organisasi yang lebih effective dapat dibentuk.

Saya juga tahu bahawa ini memerlukan masa yang panjang, terutamanya kuasa sesetengah jabatan masih ada dalam tangan kerajaan persekutuan. Ini melibatkan masalah federalisme. Tetapi kita haruslah memulakan perbincangan terhadap masalah ini dan merancang untuk Government Reengineering exercise.

Saya ingin mengucap tahniah kerana kerajaan negeri telah menjalankan Transportation master plan. Itu adalah satu hala-tuju yang betul.

Saya ingin menarik perhatian kepada kerajaan negeri bahawa dengan pembangunan yang begitu pesat di kawasan bayan baru. Pada masa-masa yang akan datang ada banyak lagi projek pembangunan yang mungkin akan dilaksanakan di Bayan baru seperti PICC, projek pembangunan PDC dan beberapa pemaju swasta seperti Hunza Properties. Ini akan memacukan pertumbuhan yang cukup dashyat di kawasan ini.

Maka, kita memang perlu satu system pengangkutan awam yang komprehensif di kawasan bayan baru-PISA-FTZ-Queensbay-Sg Nibong Terminal. Saya ingin mencadang kepada kerajaan negeri untuk memasukkan penyelesaian pengangkutan awam di bayan baru ke dalam terms and reference Transportation Masterplan.

Ini akan membantu menyelesaikan masalah kesesakan dan sekaligus membantu memacukan pertumbuhan yang lebih pesat lagi.

Saya juga ingin menarik perhatian masalah yang dihadapi di kawasan Coastal Road. Baru-baru ini, saya telah membuat siasatan tapak tentang kesesakan pada sebelah petang. Masalah utama adalah bottleneck yang berlaku pada jambatan. Dari 3 lane jadi 2 lane pada bahagian jambatan. Ada sebanyak 3-4 tempat macam itu. Maka saya ingin mencadang kepada JKR supaya melebarkan jambatan-jambatan tersebut. Saya telah bangkitkan masalah ini dalam MMK trafik, tetapi saya dimaklumkan JKR tiada peruntukan. Saya harap JKR betul-betul menuntut peruntukan daripada kerajaan pusat.

Masalah Perumahan

Saya terima banyak rungutan dari rakyat tentang masalah strata title dan penubuhan JMB dan MC. Ada di antara pemaju, atas sebab-sebab tertentu, yang engan menubuhkan MC dan memindahkan hakmilik kepada penduduk. Maka adalah penting pejabat CoB masuk campur tangan dan menggunakan kuasa yang ada pada Strata Title Act mengambil tindakan.

Saya nak ambil contoh: Krystal Point. Cadangan saman pada Nov 2006, tetapi selepas 4 tahun, masalah ini masih tidak selesai. Pangsapuri Prime View, Aduan dihantar Nov 2004, sampai sekarang masih melengkapkan kertas siasatan awalan. Taman Makmur Jaya, Pantai Jerejak, dah lima belas tahun OC dapat, tetapi Strata title belum dapat, kenapa tidak ambil tindakan terhadap pemaju?

Penguatkuasaan terhadap pemaju yang tidak bertanggungjawab amat lemah dalam pejabat CoB. Saya amat kesian kepada YDP yang merangkat COB. Ini adalah kelemahan Strata Title Act, walau bagaimanapun, YDP boleh memberi kuasa kepada kakitangan dalam CoB untuk bertindak. Kalau, tidak cukup kakitangan bolehlah minta tambahkan staf. Tetapi, buat masa sekarang, saya Nampak kelemahan dari segi gerak kerja dalam CoB. Saya berharap pejabat CoB mengambil tindakan yang lebih drastic dan serious.

Bayan Baru issues:

Baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa terdapat satu peruntukan Kerajaan Persekutuan yang ingin menaiktaraf tandas-tandas di pasar Bayan Baru. Kelulusan diberikan kepada MPPP pada bulan tiga 2009. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, kelulusan projek itu disimpan dalam satu pejabat, tanpa apa-apa tindakan. Apabila sampai ke penghujung tahun, barulah nak buat rekabentuk . Tetapi apabila dihantar ke kementerian, sudah terlewat dan peruntukan ditarik balik. Saya ingin Tanya, kenapa rekabentuk ini mengambil masa begitu lama? Kalau tak cukup masa, boleh buat OT, takkan 6 bulan tak cukup masa? Bukan senang nak dapatkan peruntukan daripada kerajaan pusat, tetapi peluang ini disia-siakan. Saya harap YDP mengambil serious tentang masalah ini.

Masalah jenayah di kawasan Pantai Jerejak

Ada satu kawasan sempadan Timur Laut dan Barat Daya namanya Jalan Rumbia. Kebelakangan ini terdapat banyak kes pecah kedai di kawasan tersebut. Dia seolah-olah no men's land. apabila saya telefon OCPD barat Daya, OCPD kata itu timur laut. Tetapi penduduk telefon timur laut, dikatakan barat daya pulak. Maka kawasan itu selalu dimangsakan. Saya berharap polis akan meningkatkan rondaan terutamanya pada sebelah malam di kawasan itu kerana ramai yang telah mengadu kepada saya.

Saya amat tertarik dengan Sasterawan Jawa Rangga Warsita (1802-1873) dalam karyanya yang terkenal Serat Kalatidha. Beliau menyifatkan zaman Jawa masa itu satu "Zaman Gila".

Menyaksikan zaman gila,
serba susah dalam bertindak,
ikut gila tidak akan tahan,
tapi kalau tidak mengikuti (gila),
tidak akan mendapatkan bagian,
kelaparan pada akhirnya,
namun telah menjadi kehendak Allah,
sebahagia-bahagianya orang yang lalai,
akan lebih bahagia orang yang tetap ingat
dan waspada.

Zaman di Malaysia juga seperti Zaman Gila di Jawa pada tahun-tahun 1800an. Kebenaran diputar belitkan. Ketidakadilan diterima sebagai lumrah hidup.

Saya kesal apabila UMNO-BN kata mereka menyokong kebebesan media, padahal, siapakah yang memenjarakan pemberita Tan Hoon Cheng dalam ISA? Rosmah terang-terang menyekat kebebasan akhbar terhadap NTV7 dan RTM. Kebebasan apa?

~ blog zulmamakpng

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

May 3, 2010

Memorandum Pemuda Pakatan Rakyat Kepada SUHAKAM

Memorandum Pemuda Pakatan Rakyat Kepada SUHAKAM Berhubung Kes Tembakan
Allahyarham Adik Aminulrasyid Amzah

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Memorandum ini adalah merupakan keputusan dan persefahaman bersama di antara Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dan juga Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) di bawah naungan Pemuda Pakatan Rakyat (Pemuda Pakatan) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

3. Pemuda Pakatan memandang serius akan insiden yang menimpa Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, seorang remaja berusia 15 tahun yang maut ditembak di bahagian kepala pada 26 April 2010 yang lepas. Pihak polis dalam kenyataan awal mendakwa Aminul Rasyid terlibat dalam kes samun dan jenayah sehingga menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Polis juga mendakwa menjumpai sebilah parang dalam kenderaan tersebut.

4. Berlaku percanggahan fakta hasil beberapa laporan media sebelum ini, di mana mengikut seorang saksi utama kejadian, apa yang berlaku ialah saksi mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju, yang mana kemudiannya mereka dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

5. Saksi mendedahkan tembakan telah mengenai kepala mangsa sehingga mangsa terkulai layu, membuatkan saksi mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang. Saksi juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

6. Kes ini nyata memberikan impak negatif kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara, rentetan beberapa kes tembakan seumpama ini dicatitkan berlaku beberapa tahun kebelakangan ini. Antara kes yang melibatkan tembakan polis ialah : Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz (tembakan di program Bersih, Batu Buruk), Tawfiq Noorzan (tembakan di Perlis).

7. Lebih menjelekkan, apabila Tan Sri Musa Hassan dalam respon beliau kepada media mengenai insiden tembakan ke atas Allahyarham Aminul Rasyid Amzah beberapa hari lepas memberikan kenyataan berikut;

"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja. Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen."

8. Kenyataan seumpama ini adalah jelas satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, malah lebih malang ianya keluar daripada mulut seorang Ketua Polis Negara yang sepatutnya mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

9. Pemuda Pakatan meragui beberapa perkara yang berlaku di sebalik insiden ini, yang mana seharusnya menjadi asas kepada SUHAKAM untuk meneliti kes ini secara menyeluruh;

(a) apakah tembakan boleh dilepaskan sewenangnya oleh pihak polis, hanya dengan alasan "mempertahankan diri", sedangkan dalam beberapa perakuan saksi utama menunjukkan bahawa tidak ada sebarang tindak balas diambil oleh mangsa melainkan cuma melarikan diri berikutan panik?

(b) apakah Arahan-arahan Tetap Ketua Polis Negara memberikan justifikasi yang longgar kepada mana-mana anggota polis samada beruniform ataupun preman untuk melepaskan tembakan sewenangnya tanpa sebarang amaran diberikan terlebih dahulu?

10. Pemuda Pakatan menyifatkan bahawa tindakan Kementerian Dalam Negeri untuk menubuhkan panel khas siasatan adalah sesuatu yang tidak memadai, memandangkan wujud "clash of interest" yang ketara dalam keadaan PDRM adalah merupakan sebuah agensi di bawah KDN. Lagipun, panel khas tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa, hanya bertindak sebagai pemantau dan hanya melaporkan balik kepada KDN, bukan kepada rakyat secara terbuka.

11. Pemuda Pakatan mendokong sepenuhnya saranan Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) melalui Presidennya yang juga mantan Pesuruhjaya SUHAKAM, Prof. Datuk Mohd. Hamdan Adnan, di mana beliau menyarankan SUHAKAM sebagai badan yang bebas harus menyiasat kes itu sebagai pihak ketiga kerana ia tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam isu itu bagi memastikan siasatan yang dijalankan telus.


03 Mei 2010



--

" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Related Posts with Thumbnails