Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Aug 15, 2009

PRK N.11 Permatang Pasir: Ust Salleh Man lwn Rohaizat lwn Kamarul Ramizu ~ malaysiakini


Pilihan raya kecil di kawasan "pengkhianat"

Muhyiddin Yassin sekali imbas nampak seperti serorang yang tenang dan tidak gopoh-gapah. Dia berusaha keras untuk menaikkan imejnya sebagai bakal Perdana Menteri. Pakaiannya sekarang pun nampak lebih bergaya dan ada stail berbanding dahulu. Sayangnya, usaha beliau untuk memperbaiki imej itu sia-sia sahaja bila dia akhirnya menampakan sikap ekstremnya yang lama terpendam. Entah apa tujuannya, dengan tak semena-mena dia menuduh Anwar Ibrahim sebagai seorang pengkhianat kepada bangsa Melayu. Itu satu tuduhan liar dan tidak sepatutnya dibuat oleh seorang ahli politik yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri. Lagi pun dulu Anwar itu pemimpin pujaan Muhyiddin sewaktu dalam Team Wawasan. Siapa agaknya pengkhianat? Alangkah baik Muhyiddin bentang tindakan kerajaan mengatasi wabak selsema A(H1N1) yang lebih berkesan dari melaung kosong.

Anwar Ibrahim kini adalah Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia. Ketua Pembangkang ada peranan yang sah dalam sistem demokrasi berparlimen. Secara langsung, beliau mewakili separuh daripada jumlah pengundi Malaysia (4 juta) yang telah memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu. Sepatutnya Anwar diberi penghormatan yang sewajarnya kerana kedudukan beliau yang sah dalam Parlimen negara kita. Di negara-negara yang lebih faham tentang selok-belok demokrasi, yang tahu tata susila politik moden, yang tahu erti peranan yang berbeza di antara kerajaan dan pembangkang, Ketua Pembangkang amat dihormati. Malah Perdana Menteri di negara-negara yang matang demokrasi sentiasa menjemput Ketua Pembangkang untuk membincangkan hal-hal negara demi kepentingan umum. Mereka ketepikan politik kepartian demi rakyat dan negara. Ketua Pembangkang tidak dianggap sebagai musuh yang mesti dimaki dan cerca setiap masa. Cuma di Malaysia dan Myanmar, pemerintah ghairah nak tangkap pemimpin pembangkang.

Sejak dulu sampai sekarang, UMNO menganggap rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, adalah kurang cerdik. Sebab itu macam-macam tuduhan dan fitnah dibuat terhadap Pakatan Rakyat, dengan harapan rakyat akan percaya bulat-bulat. Saya ingin bertanya, bagaimana Anwar mengkhianati orang Melayu? Yang saya tahu Anwar telah berusaha keras untuk membuka mata Melayu tentang kepincangan dalam dasar UMNO atau lebih tepat lagi, dasar UMNO Baru. Hari demi hari makin ramai orang Melayu memahami apa yang Anwar sampaikan. Kerana inilah Muhyiddin dan pemimpin UMNO lain mula takut.

Nasihat saya kepada Muhyiddin dan pengikut-pengikutnya ialah kalau pun huraian Anwar mengenai UMNO tidak disetujui, sila jawab hujah-hujah Anwar. Tak payah nak jadi hero Melayu dengan menuduh Anwar pengkhianat bangsa. Takkanlah kerana takut atau malu nak jawab hujah, terus tuduh orang secara liar. Kita tahu memang susah untuk Muhyiddin menjawab hujah-hujah Anwar kerana kelemahan orang Melayu timbul daripada berbagai sebab dan punca. UMNO yang memerintah sekian lama tidak boleh lari dari bertanggung jawab dalam hal ini. Ada baiknya Muhyiddin baca tulisan Suflan Shamsuddin di Malaysia Today mengenai siapa yang menjadi "pengkhianat" kepada Melayu.

Nasib kita di Malaysia malang sekali. Pemimpin kerajaan BN takut benar hilang kuasa. Takut kalau rakyat akan memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Mereka takut kepada Anwar Ibrahim sehinggakan menuduhnya pengkhianat dan "sodomist". Mereka hanya tahu buat tuduhan liar. Ini kerana mereka tak mampu nak lawan dasar dan politik mesra rakyat yang dibawakan oleh Ketua Pembangkang secara hujah dan fakta dengan sopan dan tertib. Muhyiddin dan para pemimpin UMNO tidak faham yang orang lain juga ada pandangan dan pendirian politik yang tersendiri. Mereka hanya mahu orang Melayu ikut telunjuk UMNO sahaja. Ketakutan itulah yang membuat Muhyiddin dan hulubalang-hulubalangnya berteriak "pengkhianat" apabila berdepan dengan Anwar. Mereka sangka rakyat akan percaya fitnah ini untuk membolehkan mereka mengguna apa cara sekali pun termasuk kekerasan untuk menahan kemaraan Anwar yang membawa politik telus dan mesra rakyat.

Pilihan raya kecil Permatang Pasir akan menjadi kayu pengukur sejauh mana "kejayaan" taktik kotor UMNO dan BN yang selalu digunakan terhadap lawannya. Selepas pilihan raya kecil Manik Urai, UMNO kini kembali sombong seperti dahulu; mereka yakin ada peluang yang baik. Mereka ada "formula Manik Urai" yang akan digunakan di Permatang Pasir. Kita semua tahu "formula" ini dan saya harap pengundi Permatang Pasir cukup matang untuk menerima atau menolak "formula" UMNO dan BN nanti. Tetapi jangan sekali-kali tukar pilihan hati sanubari kita.

Jika kita mahu kepada kebenaran, keadilan dan ketelusan, ingatlah bahawa PAS adalah rakan Pakatan Rakyat. Pilihlah calon PAS untuk pilihan raya kecil ini. Saya yakin segala masalah remeh antara parti-parti dalam Pakatan akan diselesaikan dengan baik. Semua ahli parti harus bekerjasama demi kepentingan rakyat. Semoga PAS dan Pakatan Rakyat akan berjaya. Ini adalah antara langkah awal kita untuk menolak UMNO dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, demi demokrasi dan negara yang lebih bermaruah, aman dan makmur tidak lama lagi.


sumber : blog Dari Lensa Zaid Ibrahim


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Aug 13, 2009

MEDIA STATEMENT: The Aung San Suu Kyi Verdict: ASEAN Must Act-malaysiakini

THE AUNG SAN SUU KYI VERDICT: ASEAN MUST ACT

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) condemns the guilty verdict and harsh prison sentence handed down by the Burmese court yesterday in the case against Aung San Suu Kyi and her colleagues, Khin Khin Win and Win Ma Ma. While the guilty verdict was fully expected, it is nevertheless deeply disappointing, especially as the case had offered a precious opportunity for the military junta to gracefully make some significant steps towards change.

Instead, the junta continues to violate human rights and poses as a threat to regional peace and security (the military regime is suspected of secretly exploring nuclear capabilities).

The court decision came as the grand finale of a carefully orchestrated charade, with political manipulation being unconvincingly dressed up as a judicial process. The junta leaders evidently felt the heat of international outrage to the point that they immediately announced that her 3-year hard labour prison sentence was commuted to 18 months under house arrest. Despite their reduction of the sentence, we believe the Burmese military regime acted with malicious intent.

Their main aim has always been to ensure that Aung San Suu Kyi would not be able to play a role in next year’s general election, and they have not budged an inch on this. The connection of this case to the elections was further underlined by the government’s justification of her continued detention, saying that true supporters of democracy do not want them to be marred by riots and unrest. It should be remembered that there are still thousands of political opponents languishing in prison, and it is safe to assume that they will remain there for the same purpose.

The world is again outraged, but it is Asean which stands to lose in real terms, being guilty by association. Thus, Asean must take firm and prompt action to bring their recalcitrant member into line, especially with the human rights principles stated in the Asean Charter – a major step which could improve the current poor standing of Asean nations in the world.

If Asean still wants to save the face of the junta’s leaders, they could do this by initiating a renewed communal effort towards enhancing standards of democracy and human rights in Burma.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President
Parti Keadilan Rakyat
Malaysia

Aug 11, 2009

51 Tahun Berlalu...Siapa Khianat Amanah Nusa Dan Hak Rakyat? ~ malaysiakini


Seusai majlis di Shah Alam semalam, saya pun menuju ke Kemaman bagi menghadiri acara yang disusun Cabang Kemaman dan Perhubungan Negeri Terengganu.

Saya tiba sekitar jam 5.00 petang di Felda Neram Satu. Acara tersebut disusun khas bagi mendekati masyarakat Felda serta menerangkan keutuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat dan khususnya jalur perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

Ditekankan keutamaan dasar yang dilakar demi kesejahteraan rakyat semua, dan bukannya hanya untuk memenuhi nafsu tembolok tauke-tauke kaya serta sesegelintir bangsawan politik semata.

Turut disentuh kejayaan negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat yang berusaha bersungguh-sungguh membasmi kemiskinan dan memerangi rasuah kendati pun berhadapan serangan bertali arus aparat umno-bn.

Saya ungkapkan program menjamin kebajikan rakyat seumpama pemberian air percuma, tabung warisan anak Selangor, skim mesra usia emas yang dilaksanakan di Kelantan mahupun Selangor.

Tidak ketinggalan, saya menegaskan pentadbiran di semua negeri Pakatan Rakyat yang berlandaskan kebolehan, pertanggungjawaban dan ketelusan. Semua dasar tersebut terbukti mesra pelabur, apatah lagi ketika mengalami kemurungan, mereka tentunya mahukan pengurusan ekonomi terbaik dan beramanah.

Program seterusnya adalah ceramah bersama Dato' Chua Jui Meng di Bandar Chukai dan kemudiannya ceramah perdana di Kerteh bersama Sdr Saifuddin Nasution, Ustaz Harun Taib serta Sdr Abdul Rahman Yusuf. Lanjutan mengungkapkan dasar pemerintahan yang beramanah, saya lontarkan pula lawan dari makna amanah itu; perbuatan khianat.

Sudah tentu isu khianat digembar gemburkan hanya dengan dengan satu tujuan, iaitu untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menjadikan saya sebagai sasaran. Sungguh tidak sangka jentera propaganda sanggup berbuat apa sahaja apabila terdesak hatta cuba memperbodohkan rakyat. Namun saya senantiasa yakin dengan kemampuan rakyat membuat penilaian dan pertimbangan.

Rakyat sedar siapa yang sebenar-benarnya mengkhianati amanah nusa dan harapan rakyat negara ini. Mereka sudah tentu tidak lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen. Itu semua dilakukan hanya demi kepentingan sendiri.

ANWAR IBRAHIM

- sumber dari Anwar Ibrahim Blog


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Aug 8, 2009

Perutusan Takziah kepada Keluarga Ahmad Azrizal ~ malaysiakini


Salam & Salam Sejahtera...

Perutusan Takziah khas kepada keluarga Sdr. Ahmad Azrizal bin Tahir, Ketua Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru diatas kembalinya ke rahmatullah bapa mertua beliau pagi tadi setelah dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) Hospital Balik Pulau, Pulau Pinang kelmarin.

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama kalangan para solihin. Amin.

" Innalillah Wa Inna Lillahi Rojiun " ~ ' dari Dialah kita telah dijadikan, dan kepadaNya jualah kita kembali..'

Al-Fatihah.

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Aug 7, 2009

I.S.A - Ikut Suka Aku ~ malaysiakini

I.S.A

Kamilah hakim
Kamilah peguam
Kamilah saksi-saksi
Kami penentu masa depan kamu.

Kamulah yang tahu kenapa kamu di sini
Kamu yang mencari tempat ini
Kamu yang memilih untuk ke sini
Kamu suka tempat ini
Kamu menentukan cara hidup kamu.

Kami tidak menyuruh kamu ke sini
Kami tidak suka kamu ke sini
Kami tidak penjarakan kamu
Kenapa kamu penjarakan diri sendiri.

Tak sayangkah kamu kepada anak-anak?
Tak sayangkah kamu kepada emak ayah?
Tak sayangkah kamu kepada isteri?
Kamu menganiaya mereka!
Kamu menganiaya mereka!

Kawan-kawan kamu baik
Kawan-kawan kamu menolong kamu
Kawan-kawan kamu menghantar isteri kamu ke sana ke mari
Kawan-kawan kamu khidmat pada kamu
Kamu percaya pada kawan-kawan kamu?

Tahukah kamu betapa banyak telah berlaku?
Kawan-kawan curang kepada kawan?
betapa banyak isteri pejuang dikhianati kawan?
berapa banyak isteri pejuang memohon cerai?
berapa banyak isteri pejuang melaku curang?

Kamu menentukan ibu kamu derita
Kamu penyebab ayahmu derita
Kamu penyebab anak-anakmu menderita
Kamu penyebab isterimu derita
Kamu penyebab jika isterimu berlaku curang.

Cari jalan keluar dari sini
Kamulah menentukan nak keluar atau terus di sini
Kamu nak keluar besok?
Kamu nak keluar minggu depan?
Kamu nak keluar bulan depan?
Kamu nak keluar tahun hadapan?
Kamu nak keluar 10 tahun lagi?
Kamu yang menentukan!
Saudara......, cari lah jalan keluar!
Kamu menentukan masa depan kamu....

Kamu di sini kerana kamu!
Kamu mementingkan diri!
Kamu nak naik!
Kamu nak terkenal!v Kamu nak pandangan kamu didengar!
Kamu nak kamu dijulang!
Kamu nak nama terbilang!
Kami apa peduli!
Kami jaga keamanan....
Kerana kamu, ucapan kamu, hasutan kamu
Nyawa orang lain terancam
Harta orang lain terancam
Keselamatan orang lain terancam

Kami tak kira menteri
Kami tak kira datok
Kami tak kira Anwar
Kami tak kira Karpal
Kami tak kira Tok Guru
Kami jaga keamanan...
Kami jaga keselamatan

Pintu untuk keluar ada
Pintu untuk taubat ada
Pintu untuk penyesalan ada
Pintu untuk kepangkal jalan ada
Kamulah penentu untuk memilih pintu
Pintu untuk keluar dari sini kamu tentukan

Nak menjadi hero?
Nak menjadi pejuang?
Nak kepada sanjungan?
Nak pertahan pendapat kamu?
Kamulah memilih berapa lama di sini!


(Oleh Hj Mohamad Sabu) * 16Mei 2009

* Sajak ini dikarang sendiri dan dideklamasikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar pada 16 Mei 2009 (Majlis Jamuan Makan & Pengumpulan Dana Utk Mangsa ISA)

*Ia ditujukan buat semua rakyat buat yang belum kenal, nak mengenal dan telah mengenal ISA, yang belum dan yang telah masuk atau keluar dari ISA itu sendiri.

*Untuk makluman akta ISA itu, dalam dunia ini hanya 3 buah negeri yang masih mengekalkannya iaitu Malaysia, Singapura dan Israel......yang lain semua dah buang dan tutup buku. (Kem Guantanamo bukan seperti ISA....ia tidak dijalankan di Amerika kerana undang-undang Amerika tidak membenarkan penangkapan tanpa melalui mahkamah, sebab itu Kem Guantanamo adalah arahan Amerika tetapi dijalankan di luar negara itu (negara lain menjadi baruahnya).

- dipetik dari laman web [INI] MohamadSabu.com


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Aug 6, 2009

Magaran alih isu setelah gagal bawa ‘armada’ ~ malaysiakini


Dipetik dari : AnwarIbrahimClub.com

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) menyifatkan gesaan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) ke atas kerajaan untuk menahan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di bawah akta zalim ISA adalah satu usaha mengalihkan pandangan rakyat ke atas kegagalan mereka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang, dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) dinamakan Magaran sebagai dalang penganjuran perhimpunan aman pada Sabtu lepas. Anggaran rawak seramai 80,000 individu yang hadir di ibu kota menunjukkan betapa kempen mansuhkan ISA mendapat dukungan rakyat meskipun berhadapan dengan provokasi terlampau pihak polis.

Sebaliknya, Magaran yang gagal mengumpulkan hatta seratus penyokong kelihatan cuba berlaku defensif dengan menggesa pimpinan Pakatan Rakyat dan Pengerusi GMI ditahan di bawah ISA. Jika justifikasi Magaran ini relevan, maka Magaran juga seharusnya ditahan di bawah ISA kerana turut sama mengajak penyokong-penyokong mereka untuk berhimpun di Masjid Negara, Padang Merbok, dan Pasar Seni pada hari yang sama sepertimana yang telah dihebahkan sebelum ini.

Alasan bahawa 'keganasan terancang' dianjurkan oleh GMI adalah satu tuduhan yang sangat dangkal. Tidak ada seorangpun demonstran yang ditahan dilihat membawa apa-apa senjata yang memungkinkan keganasan tercetus, sebaliknya pihak polislah yang begitu rakus melepaskan gas pemedih mata kepada para demonstran sehingga ada yang tercedera.

Harus juga diingat bahawa tangkapan telah dibuat seawal jam 8 pagi, malah dibuat secara rawak sehingga mengakibatkan ada kalangan remaja dan warga emas yang tertangkap tanpa sebarang asas yang kukuh. Perhimpunan ini berjalan dengan aman, khususnya di bawah kawalan keselamatan Unit Amal PAS, tetapi provokasi pihak polislah yang mengakibatkan berlakunya kesesakan lalulintas bila mana laluan masuk ke ibu kota dihadang sehingga menyukarkan pergerakan keluar masuk kenderaan.

Magaran jangan sesekali menafikan bahawa impak daripada puluhan ribu yang berkumpul Sabtu lepas adalah satu manifestasi jelas bahawa rakyat menolak ISA tanpa sebarang kompromi. Magaran juga harus sedar dan bersikap matang bahawa ISA telah diselewengpakai sebagaipolitical tool demi melampiaskan percaturan politik pihak tertentu. Ia jelas bertentangan dengan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948, malah jelas bertentangan dengan kaedah fiqhiyyahdalam sistem syariat Islam.

AIC berharap agar Magaran tidak berterusan menyeleweng fakta dan mempertahankan ketidakadilan melalui pelaksanaan ISA. Tidak dinafikan keselamatan negara adalah mauduk utama yang dijunjung di setiap bahu rakyat Malaysia, tetapi ia sama sekali tidak boleh dijadikan rasional agar kezaliman berterusan dihalalkan dalam sistem undang-undang negara ini.


Noor Lailatul Marini
Timbalan Presiden
Kelab Anwar Ibrahim
4 Ogos 2009

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Aug 5, 2009

Kenyataan Media Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Bayan Baru ~ malaysiakini


KENYATAAN MEDIA KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN BAYAN BARU BERKAITAN KENYATAAN Y.B JEFF OOI DI STAR AHAD

Saya merujuk kepada kenyataan yang di buat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (DAP) merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar 'The Sunday STAR' bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12.

Didalam kenyataannya, YB Ooi melemparkan kritikan hebat kepada Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR.

YB Ooi menuduh Sdr. Mohd. Razali sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).

YB Ooi mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam) didalam pentadbirannya). Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang untuk membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk kedalam sistem kerajaan tempatan").

Angkatan Muda Bayan Baru menolak kenyataan yang bersifat fitnah ini sekeras-kerasnya. Jemaah Islah Malaysia @ JIM merupakan sebuah NGO yang berteraskan Islam yang telah lama ditubuhkan dan berdaftar dengan pendaftar pertubuhan di Malaysia. Pelbagai bentuk program berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan berjaya dianjurkan oleh JIM. Malah ramai dari kalangan pimpinan JIM telah menunjukkan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat selepas 1999.

Merujuk kepada 'track record' Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah merupakan seorang jurutera yang mendapat kelulusan cemerlang. Berdasarkan latar belakang professional beliau serta kebolehan beliau, maka nama beliau telah diangkat untuk mewakili Parti Keadilan Rakyat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Jeff Ooi mengambarkan yang beliau tidak mempunyai maklumat yang tepat berkaitan isu yang dibangkitkan. Beliau harus mendapatkan nasihat serta pandangan dari pelbagai pihak sebelum mengeluarkan kenyataan ini. Beliau seharusnya sedar bahawa setiap dari Ahli Majlis MPPP yang dilantik adalah berdasarkan kriteria- kriteria tertentu yang diputuskan oleh Parti yang diwakili mereka.

Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru dengan ini mendesak agar YB Jeff Ooi menarik balik kenyataan beliau dan membuat permohonan maaf secara terbuka., bukan sahaja permohonan maaf kepada Sdr Mohd Razali Abdullah tetapi juga kepada Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang.

Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru juga mendesak YB Jeff Ooi agar menggunakan saluran yang bersesuaian untuk memberi teguran kepada mana-mana pegawai atau kakitangan yang dirasakan bermasalah atau perlu diberi teguran. Beliau juga harus segera berhenti dari menggunakan media untuk mengetengahkan pandangan beliau.

Sekian. Terima Kasih.

Ahmad Azrizal Tahir

Ketua Angkatan Muda Keadilan,

Parti Keadilan Rakyat,

Bayan Baru, Pulau Pinang

rizaltahir@gmail.com



--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Aug 1, 2009

Kenyataan Media Angkatan Muda KeADILan ~ malaysiakini


Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

1 Ogos 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas pihak polis menyerang, mengganasi dan menangkap rakyat Malaysia yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari ini, menuntut pemansuhan akta zalim ISA.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengutuk tindakan ganas polis yang sama sekali tidak perlu. Ia adalah di luar batasan amalan demokrasi dan hak asasi rakyat Malaysia untuk menyerahkan memorandum ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Malah pihak polis tidak menghormati Baginda kerana temujanji untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Baginda telah ditetapkan pada hari ini.

Keganasan hari ini yang menindas dan menekan suara rakyat Malaysia ternyata mendedahkan omongan kosong '1 Malaysia' yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa Dato' Seri Najib Razak untuk membuktikan bahawa pentadbiran beliau bukan hanya berasaskan slogan-sloganan semata-mata dengan membuka ruang demokrasi dan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai langkah pertama, hampir 500 orang rakyat yang ditahan hari ini ketika melaksanakan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan, mesti segera dibebaskan. Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai utama polis yang mengarahkan keganasan hari ini, mencabul hak perlembagaan rakyat dan bertindak biadap terhadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong; perlu digantung tugas dan siasatan bebas dilaksanakan terhadap mereka.

Najib perlu bersedia membuktikan bahawa beliau berhasrat untuk benar-benar menjadi Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia dengan segera mengambil langkah-langkah perlu untuk menentukan kehendak sebenar rakyat mengenai ISA dengan mengadakan pungutan suara (referendum) bebas.

Tatacara pengendalian pihak polis terhadap rakyat yang berhimpun mesti dikaji semula bagi memastikan mereka mengawal keselamatan dan bukan bertindak liar mengganasi rakyat. Sudah sampai masanya tindakan pemerintah memperalatkan polis untuk kepentingan sempit mereka dihentikan dan polis seharusnya menjaga keselamatan rakyat dan bukan mengganasi mereka.

Sekiranya Najib enggan melaksanakan perubahan-perubahan ini, ternyata beliau mengemukakan gagasan '1 Malaysia' hanya sekadar untuk mengabui mata rakyat dan memperdayakan Malaysia bahawa kerajaan hari ini sudah berubah.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Related Posts with Thumbnails