Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

May 31, 2009

Penanti : Dr. Mansor Sudah Dapat 75% Undi ~ malaysiakini

3.15 Petang : Selepas hampir 6,000 pemilih keluar mengundi sehingga jam 2 petang tadi, Pengarah Pilihan Raya KeADILan Saifuddin Nasution Ismail yakin Dr. Mansor Othman sudah mendapat sekurang-kurangnya 4,500 undi.

"Berdasarkan maklumat yang diterima dari petugas parti, sebahagian besar pemilih terbabit adalah penyokong KeADILan," katanya.

Menurut Suruhanajaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 2 petang tadi, seramai 38.77 peratus atau 5,964 pemilih keluar mengundi.

Anggaran yang dibuat oleh Saifuddin itu menunjukkan bahawa Dr. Mansor mendapatkan kira-kira 75 peratus undi setakat ini.

Sehingga jam jam 12 tengahari tadi, seramai 29.86 peratus atau 4,593 orang keluar mengundi berbanding dengan 23.5 peratus atau 3,590 orang pada jam 11 tengahari tadi dan 14.6 peratus pada jam 10 pagi tadi.

SPR mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil hari ini.


-dari Suara Keadilan Online.

NGO Bantah Kehadiran Polis Terlalu Ramai ~ malaysiakini

11.00 pagi : Sebuah badan pemantau pilihan raya National Iinstitute Electoral Integeraity (NIEI) membantah kehadiran polis yang terlalu ramai di pusat pengundian dan boleh ditafsirkan sebagai menggangu proses pengundian dan terhadap pengundi sendiri.

Menurut Pengerusi Yunus Ali, kehadiran polis ini turut ditafsirkan sebagai mengundang ketakutan kepada pengundi.

"Saya melihat ini sebagai satu itimiditasi kepada pengundi. Berdasarkan peratusan mengundi yang masih rendah, kemungkinan kehadiran polis menakutkan pengundi," katanya yang ditemui Suara Keadilan di SRJK Jit Sin di Berapit pagi ini.

Jumlah anggota polis, wartawan, jurugambar serta pekerja pilihan raya kelihatan lebih ramai daripada jumlah pemilih yang datang mengundi di Berapit, Kubang Ulu, Tanah Liat, Guar Perahu dan Mengkuang.

Pengarah pilihan raya KeADILan Saifuddin Nasution berkata, pihaknya berharap sekurang-kurangnya 65 hingga 70 peratus keluar mengundi hari ini.

Calon keADILan Dr. Mansor Othman akan memperolehi 7,000 undi dari penyokong untuk menang dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Saifuddin juga mengakui bahawa proses pengundian hari ini agak lembap.

Sementara itu, pekerja pilihan raya menjangka lebih ramai pemilih akan keluar mengundi mulai tengahari ini.

Setakat jam 11 pagi, tinjauan kami di sini mendapati tidak sampai 100 pengundi menunaikan tanggungjawab disini.


- dari Suara Keadilan Online

SELAMAT MENGUNDI BUAT PARA PENGUNDI N12 PENANTI

JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI WARGANEGARA ! UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN PENANTI DAN PULAU PINANG . JANGAN LEPASKAN PELUANG !


31 MEI 2009

SELAMAT MENGUNDI KEPADA WARGA PENGUNDI N12 PENANTI !

May 30, 2009

Penanti & Tadau Kaamatan ~ malaysiakini

Kempen di Penanti hari ini memasuki fasa akhir. Esok, para pengundi akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat masing-masing.

Sekali lagi saya nyatakan, calon Pakatan Rakyat, saudara Dr. Mansor Othman bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang seandainya diberi kepercayaan oleh para pengundi esok.

Sehubungan dengan itu, saya memohon sokongan rakan-rakan pengundi DUN Penanti untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat, inshaallah.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat meraikan Tadau Kaamatan buat semua teman-teman Kadazandusun di Sabah dan Sarawak.

Semoga rezeki yang dituai semakin berhasil serta bertambah baik dan lumayan.

ANWAR IBRAHIM

- dari anwaribrahimblog

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/  

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Jangan Cuba Sabotaj Usaha Kempen Pakatan Rakyat Di Penanti ~ malaysiakini

Anna Yusof

BUKIT MERTAJAM, 29 Mei (SK) : Memandangkan hanya calon bebas yang melawan KeADILan dalam Pilihan Raya Kecil Dun N.12 Penanti ini, ada kemungkinan segelintir pengundi rasa tidak perlu keluar mengundi.

"Kami ingin mengingatkan para pengundi Penanti bahawa pilihan raya kecil ini adalah amat penting dan bermakna," kata Pengarah Pilihan raya Pusat Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan beliau hari ini.

"Kami berharap semua pengundi Penanti akan keluar untuk mengundi calon KeADILan pada hari pengundian untuk menghantar isyarat yang jelas, bahawa rakyat mahu satu kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh di negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda perubahan yang dicerminkan oleh pencapaian-pencapaian kerajaan negeri sejak bulan Mac 2008," jelas beliau.

Beliau juga ingin mengingatkan bahawa pihak Barisan Nasional, walaupun tidak bertanding, tidak akan cuba mensabotaj usaha kempen Pakatan Rakyat.

"Samada dengan menggunakan pihak polis, media arus perdana mahupun cara-cara lain seperti memberi pelancongan percuma di luar kawasan Penanti pada hari pengundian," jelas Saifuddin lagi.

-dari Suara Keadilan Online


May 28, 2009

Naib Ketua 1 AMK Bayan Baru, Telah Di Masukkan Ke Hospital. ~ malaysiakini


Salam Reformasi semua...


Kelmarin petang, Rabu 27hb Mei 2009, sekitar jam 6 petang, Naib Ketua 1 Angkatan Muda KeADILan (AMK) Bayan Baru, Sdr. Mohd Yusoff Bin Hashim telah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Lam Wah Ee di Batu Lanchang, Pulau Pinang. Beliau telah disahkan menghidap radang batu karang. 

Pada jam 10 malam, saya telah menghantar SMS untuk bertanyakan khabar beliau dari hospital dan telah dimaklumkan bahawa " baru abis sahaja tembak laser & esok mungkin dah boleh keluar... " iaitu baru selesai sudah dari bilik pembedahan.

Pihak Angkatan Muda, komiti KeADILan Bayan Baru Blogspot (KBBB) serta Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang (Unit Ehsan) telah merancang pada mulanya malam semalam, ingin melakukan satu sesi Ziarah ke atas Sdr. Mohd Yusoff di hospital pada petang hari ini, namun telah dimaklumkan sendiri oleh pesakit, bahawa beliau akan "discharge", keluar dan telah dibenarkan pulang dari hospital pada tengahari tadi.

Kini beliau sedang berada di kampung halaman di Kulim, Kedah dan berehat beberapa hari setelah diberikan cuti sakit oleh pihak hospital.

Sdr. Mohd Yusoff juga yang selama ini aktif hanya sebagai 'komentar' - pemberi komen dalam blog-blog rakan Pakatan Rakyat, baru sahaja bergelar 'blogger' beberapa hari yang sudah dan blog beliau baru sahaja menyiapkan posting ke-2 mengenai isu semasa yang sedang 'hangat' di N.12 Penanti sebelum dimasukkan ke hospital.

Blog terbaru beliau bolehlah kiranya anda semua layari di [SINI]

Pihak kami mendoakan semoga kesihatan beransur pulih dan semoga cepat sembuh kepada Naib Ketua 1 AMK Bayan Baru.


Sekian,

Editor KBBB,
Hijat Panjang.


May 27, 2009

Kami Hanya Sembang Kosong - Cheah ~ malaysiakini

Oleh: Mat Zahari Ali

PENANTI, 26 MEI (SK) - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan, Cheah Kah Peng berkata beliau tidak menduga perbualan beliau dan Aminah Abdullah dirancang dan dirakam untuk tujuan kempen pilihanraya di Penanti.

'Saya telah mengenali Puan Aminah sejak 1999 dan kami sangat berkawan baik," kata Cheah

Cheah yang telah bertemu dengan Aminah pada 13 Mei lalu atas jemputan kawannya Peter Chin untuk kerumah Aminah atas alasan bertemu kawan lama sambil minum petang membuat kenyataan tersebut selepas mengadakan sidang media di sini.

"Saya pergi jumpa Puan Aminah yang sebelum ini saya panggil kak aminah bukan atas kapasiti politik atau mewakili mana-mana pertubuhan tetapi atas dasar kawan dan rakan dan saya juga tahu ada ura-ura beliau akan bertanding di Penanti.

"Jadi saya fikir mungkin kami dapat berbual panjang lebar kerana lama tidak berjumpa. Bersembang dan bergurau antara kami sememangnya perkara biasa kerana kami telah kenal hampir 10 tahun.

"Dalam perbualan adalah suatu perkara biasa bila bercakap dalam pelbagai nada dan suasana dan Aminah juga ada menyatakan pendirian beliau untuk kembali kepada keadilan tetapi dalam rakaman tersebut perkara itu telah di edit dan dikeluarkan,"Jelas Cheah

Menurut Cheah beliau tidak berniat apa-apa untuk menyinggung atau mengatakan sesuatu yang tidak baik terhadap kawan baiknya itu kerana masih menganggap Aminah sebagai rakan lama walaupun berbeza pandangan politik.

"Saya tidak mahu membuat sesuatu kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan persahabatan kami walaupon beliau telah bertindak merakam perbualan dan mengedarkannya kepada tatapan umum untuk kepentingan politik beliau (Aminah).

"Saya tidak marah kepada Aminah kerana kedatangan saya kerumah beliau adalah atas undangan beliau dan saya juga menerima undangan sambil minum petang itu dalam suasana keceriaan kerana kedatangan saya bukan atas arahan politik tetapi atas dasar saya menjenguk teman lama saya dalam perjuangan dulu.

"Dan perbincangan yang saya anggap sebagai sembang-sembang kosong itu merangkumi pelbagai tajuk dan isu yang terdapat didalamnya pelbagai senda gurau yang kadangkala tidak ada realitinya tetapi sengaja dijadikan bahan perbualan," kata Cheah lagi

Cheah turut menambah bahawa beliau tetap menghormati rakan lama dalam perjuangan itu dan akan terus menjalin hubungan persahabatan dengan Aminah selepas ini samaada Aminah menang tau kalah dalam pilihan raya kecil di Penanti pada 31 Mei ini.


sumber : Suara Keadilan Online


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/  

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Aminah Diberi Masa 7 Hari - Peguam ~ malaysiakini

OLeh: Mat Zahari Ali

"Aminah diberkan tempoh tujuh hari mulai hari ini untuk beliau menarik balik kenyataan atau memohon maaf secara terbuka," Kata Ong Chin Wen yang bertindak sebagai peguam yang mewakili Pakatan Rakyat.

Menurut Ong notis bertulis tersebut akan diserahkan sendiri oleh beliau kepada Aminah.

"Saya akan serahkan kepada Aminah selepas ini samaada di Jelutung atau ditempat lain yang akan ditentukan setelah saya menghubungi beliau nanti. Tapi saya akan serahkan hari ini juga,"kata Ong ketika ditemui sejurus selepas sidang media oleh Pakatan Rakyat berhubung kenyataan Aminah yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya menerik diri dari bertanding di Penanti.

Menurut Ong, sekiranya Aminah tida bertindak sebagaimana disyaratkan pendakwaan dimahkamah akan dilakukan selepas tamat tarikh notis.

Aminah Abdullah adalah salah seorang dari tiga calon bebas yang menggunakan lambang kunci dalam di pilihanraya kecil penanti. Aminah juga sebelum ini merupakan seorang ahli KeADILan di Pulau Pinang.

- dari Suara Keadilan Online.


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/  

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

May 25, 2009

Kenyataan Media Dari Ahli MPT keADILan ~ malaysiakini

Kenyataan Media

Kesempatan mendekati golongan muda telah dipergunakan sebaik mungkin untuk mempromosi gaya hidup sihat. keADILan akan mengadakan satu program ke arah mendekati anak muda yang bermotorsikal dengan mempromosikan pemboncengan selamat / safety riding.

Semua anak muda di kawasan sekitar dijemput bersama dalam Bengkel 'Safety Riding' bersama Juara Cub Prix Asia - saudara Yasir Said. Dalam program ini sebanyak 150 motorsikal pertama yang memenuhi ciri keselamatan motorsikal (yang ditetapkan oleh JPJ) layak untuk mendapat perkhidmatan servis motor dan menukar minyak 4T secara percuma. 

Selain itu Yasir Said akan memberikan taklimat dan demonstrasi pemboncengan selamat dan turut diadakan ialah beberapa pertandingan melibatkan pemboncengan selamat. Demonstrasi willie dan wikang (iaitu dua aksi porpular anak muda bermotorsikal akan dipertontonkan juga.

Melalui program yang dianjurkan secara bersama oleh keADILan Negeri Sembilan dengan kerjasama AMK Kedah, AMK Permatang Pauh dan AMK Bkt Mertajam, diharap dengan program ini keADILan bukan sekadar mampu mendekati anak muda dalam siri kempen pilihanraya tetapi lebih dari itu dapat mempromosikan pemboncengan selamat seiring dengan gaya hidup sehat anak muda.


BENGKEL 'SAFETY RIDING' BERSAMA
YASIR SAID, JUARA CUB PRIX ASIA
26 MEI 2009 , SELASA, JAM 4.30 PETANG
JALAN PASAR MALAM, KG. GUAR PERAHU, PENANTI

Sekian untuk sebaran.

Badrul Hisham Shaharin (che'GuBard)
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan
(pengarah program)

layari
http://chegubard.blogspot.com




--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/  

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

May 24, 2009

Mengapa Mahkamah Rayuan Bangkitkan Soal Mandatori..?? ~ malaysiakini

Anna Yusof

PUTRAJAYA, 24 Mei (SK) : KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Khamis lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan.

Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah yang menghukumkan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Tatapi penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. "Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis," ujar Aziz lagi.

Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.

Aziz berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat.

Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Joseph Pairin

Kitingan di Sabah (1986) dan Nizar Jamaluddin di Perak (2008).

Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi Umno termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang

bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1).

"Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan," tegasnya lagi.

Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Ganesan tetap haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.

Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa anih mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya.

"Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi", ujarnya.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti ada undi tidak percaya terhadap menteri besar yang ada.

Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. "Ia juga tidak selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan".

Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan. Katanya, "Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya".

Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak percaya. Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.

Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. "Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia menghadapinya," kata Aziz.

Sebelum ini Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu membayangkan seolah-olah sultan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada apa yang dinyatakan oleh perlembagaan. Katanya lagi, mahkamah telah meletakkan beban yang cukup berat untuk dipikul oleh Raja-Raja.

Aziz berkata umumnya keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini. "Di sisi perlembagaan istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan dan ketelusan, bukan mengambilalih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan".

Beliau tidak bersetuju dengan para peguam Umno yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak.

"Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan pandangan yang negatif," ujarnya.


-dari Suara Keadilan Online.


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/  

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Allahyarham Paksu Will tidak pernah kalah pilihan raya ~ malaysiakini

Sekalung takziah buat semua pendokong PAS dan Pakatan Rakyat, terutama anggota keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manek Urai, Haji Ismail Yaacob.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Paksu Will di kalangan berbagai pihak menghembuskan nafas terakhir 5.50 pagi Jumaat (22 Mei) di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 26 April lalu, setelah dipindahkan dari Hospital Kuala Krai. Pada awalnya beliau mengadu sakit gout, sehingga sebelah kakinya terpaksa dipotong.

Rawatan susulan kemudiannya mendapati beliau turut menghadapi masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Laporan media mengenai kematiannya mengaitkan ia dengan serangan jantung.

Pemergiannya itu sudah pasti amat dirasakan, terutama oleh parti dan rakyat Kelantan. Beliau disifatkan banyak pihak sebagai seorang yang senang ditemui, mudah digauli dan tidak lokek menghulurkan pertolongan.

Sifat itu diakui pelbagai pihak sebagai saham utama membolehkan Allahyarham memenangi Dun Manek Urai selama lima penggal. Namanya dikatakan sinonim dengan Dun berkenaan dan hampir tidak ada penduduk di kawasan berkenaan yang tidak kenal dengan Paksu Will.

Tempoh khidmat sepanjang itu bagaimana pun bukanlah rekod luar biasa bagi seorang wakil rakyat di negara kita. Di Kelantan sendiri ada beberapa pemimpin yang telah mencatatkan rekod kemenangan lebih lama sebagai wakil rakyat, sama ada di kerusi Dun atau Parlimen.

Antara yang termasyhur ialah bekas Yang Dipertua Agung PAS dan Pesuruhjaya Negeri Kelantan, Allahyarham Tan Sri Datuk (Dr) Mohd Asri Haji Muda. Beliau menjadi anggota Parlimen selama empat penggal, bermula di Pasir Puteh selama dua penggal (1959 dan 1964). Kemudian memenangi Parlimen Kota Bharu Hulu (1969) dan Parlimen Nilam Puri (1974).

Mohd Asri turut menjadi Adun Kelantan, juga selama empat penggal. Tiga penggal sebagai Adun Kota Bharu Tengah (1959, 1964 dan 1969) dan sepenggal di Kubang Kerian (1982). Mengambilkira tahun-tahun kemenangannya itu, tempoh khidmatnya sebagai wakil rakyat ialah selama lima penggal.

Tempoh khidmat lebih panjang dicatatkan Pesuruhjaya PAS Kelantan sekarang, Tuan Guru Dato� Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau telah menjadi Ahli Parlimen selama lima penggal sebelum beralih menjadi Adun selama enam penggal, termasuk penggal sekarang.

Tuan Guru mula memenangi kerusi Parlimen menerusi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kelantan Hilir pada 21 Oktober 1967. Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya, juga dari PAS, Allahyarham Tuan Haji Ahmad Perai.

Pada pilihan raya 1969, Tuan Guru mengekalkan kerusi Parlimen Kelantan Hilir. Beliau kemudian menang di Parlimen Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut pada 1974, 1978 dan 1982.

Bermula Pilihan Raya 1986, Tuan Guru menjadi Adun Semut Api. Beliau mengekalkannya pada 1990, sebelum Dun berkenaan ditukar nama kepada Chempaka bermula Pilihan Raya 1995. Kerusi itu kekal dimenangi Tuan Guru sehingga sekarang.

Meski pun tempoh khidmat kedua-dua pemimpin utama PAS itu amat memberangsangkan, rekod kemenangan mereka tidak sempurna. Mereka pernah kalah dalam pilihan raya. Mohd Asri kalah pada 1978 di Parlimen Padang Terap dan Parlimen Nilam Puri (1982).

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula pernah kalah tipis di Parlimen Bachok pada 1986.

Setakat ini rekod sebagai pemimpin politik yang tidak pernah kalah dalam pilihan raya dipegang oleh Allahyarham Ustaz Nik Abdullah Arshad atau Pak Nik Lah. Beliau menjadi wakil rakyat selama tujuh penggal berturut-turut. Lima penggal sebagai Adun dan dua penggal sebagai Ahli Parlimen.

Pak Nik Lah menjadi Adun Kota Bharu Pantai selama tiga penggal, iaitu pada1959, 1964 dan 1969. Beliau kemudian menjadi Adun Sering selama dua penggal pada 1974 dan 1978.

Dua penggal berikutnya (1986 dan 1990), Pak Nik Lah menjadi menang di Parlimen Pengkalan Chepa. Bermula pilihan raya 1995, beliau tidak bertanding dan kerusi beliau diambil alih oleh anaknya, Datuk Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah.

Seorang lagi pemimpin yang tidak pernah kalah sepanjang penyertaannya dalam pilihan raya ialah Datuk Ustaz Omar Mohamad. Beliau telah menjadi Adun Perupok selama enam penggal berturut-turut bermula penggal 1986 dan masih kekal hingga kini.

Meski pun tempoh khidmat Allahyarham Paksu Will tidak menyamai beberapa pemimpin lain, rekod tanpa kalahnya juga suatu yang amat mengagumkan. Apatah lagi ia dicapai tidak secara berturut.

Paksu Will mula memenangi kerusi Dun Manek Urai pada Pilihan Raya 1986. Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Zaid Wan Abdullah dengan majoriti 594 undi. Paksu Will memperolehi 3650 undi berbanding Wan Zaid yang mendpat 3056 undi.

Tahun 1990 adalah tahun 'sapu bersih' bagi PAS dan Parti Semangat 46 di Kelantan, yang bergabung membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Paksu Will turut mengekalkan kemenangan di Manek Urai dengan majoriti lebih besar.

Kemenangan selesa itu dikecapinya dalam dua pilihan raya berikutnya, sebelum mengambil keputusan tidak bertanding pada 2004 lalu.

Kebetulan pula pilihan raya itu bukanlah pusingan yang baik bagi PAS di seluruh negara. Di Kelantan sendiri kerajaan PAS nyaris-nyaris tumbang. Ia kekal dengan kelebihan hanya tiga kerusi, termasuk satu kerusi dimenangi calonnya dengan kelebihan hanya dua undi.

Nasib juga tidak menyelebahi calon PAS yang menggantikan Paksu Will di Manek Urai. Beliau turut kecundang dengan majoriti sangat tipis, iaitu hanya 53 undi.

Ekoran itu, ada cakap-cakap yang mensabitkan kekalahan itu dengan pengunduran Paksu Will. Bahkan ada yang berkata, kalaulah Paksu Will yang bertanding ketika itu, adat katanya kerusi Manek Urai masih kekal milik PAS.

Barangkali di atas keyakinan itu PAS Kelantan menampilkan semula Paksu Will dalam pilihan raya lalu. Suratan atau kebetulan, beliau membuktikan kekuatan pengaruh peribadinya masih kuat dan berjaya merampas semula kerusi berkenaan dari tangan BN.

Di atas fakta itu, kehilangan Paksu Will akan dikenang, bukan sahaja sebagai seorang wakil rakyat yang mempunyai rekod tidak pernah kalah, bahkan juga sebagai seorang pemimpin yang berupaya mengembalikan semula kerusi Manek Urai kepada partinya.

Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan beliau di kalangan hamba-hambaNya yang terpilih. Al-Fatihah! - mks._

sumber dari harakahdaily. 


May 23, 2009

Dr Mansor ada harapan cerah menang besar - Mat Sabu ~ malaysiakini

PENANTI, 23 Mei(Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu menjangkakan calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dr Mansor Othman akan menang besar mengalahkan tiga calon bebas lain bagi pilihan raya kecil Dun Penanti.

Image"Saya jangkakan Pakatan Rakyat akan menang, calon bebas mungkin akan hilang deposit dengan keadaan ini apabila sokongan kepada PR amat baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyatakan pandangan terhadap peluang calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor bagi pilihan raya kecil Dun Penanti yang telahpun selesai proses penamaan calonnya pagi tadi.

Mohamad Sabu turut meluangkan masa pagi tadi bagi menyertai perarakan calon yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Penanti dekat sini.

Mengulas mengenai keengganan Umno/BN meletakkan calon di Penanti beliau menyatakan, Umno takut akan kebangkitan rakyat menolak idealisme parti itu.

Sambil menyatakan hari penamaan calon hanya didominasi penyokong Pakatan Rakyat, beliau menyifatkan ia sebagai 'satu hari yang suram'.

Namun beliau yakin kemenangan akan bersama dengan calon Pakatan Rakyat yang hanya akan menjadikan calon bebas hilang deposit.

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dun Penanti yang bermula sejak jam 8.00 pagi agak suram berikutan calon Pakatan Rakyat hanya ditentang tiga calon bebas.

Meskipun kehadiran penyokong Pakatan Rakyat dalam jumlah yang ramai, namun suasana tidak pun menggambarkan satu pertempuran hebat bakal berlaku sepertimana penamaan calon beberapa PRK yang lalu.

Hanya kedengaran laungan reformasi dan takbir di satu sudut, di sebelah kiri hadapan bangunan IKBN Penanti, sementara sudut kanan yang disediakan bagi pihak bertentangan Pakatan Rakyat tiada kedengaran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan bahawa PRK Dun Penanti akan ditandingi oleh 4 calon.

Calon Pakatan Rakyat daripada KeADILan, Dr Mansor Othman akan menentang calon-calon Bebas iaitu, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris.

Semua calon kini boleh berkempen sehingga jam 12 tengah malam, 30 Mei nanti.

Sementara itu, calon-calon Bebas akan menggunakan simbol 'Kunci' untuk Aminah, Nai (Wau) dan Kamarul (Payung) sepanjang pilihan raya ini. - wann/mks. _

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/  

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mansor Dicabar Tiga Calon Bebas Di Penanti ~ malaysiakini

[KEMASKINI 12.57 PETANG] BUKIT MERTAJAM, 23 MEI (SK) - Calon KeADILan Mansor Othman akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti yang akan ditentang oleh tiga calon bebas yang lain.

Tiga calon bebas yang bertanding ialah Aminah Abdullah, NaiKhan Ari a/l Nai Keow, dan bekas calon Bukit Gantang Kamarul Ramizu Idris telah disahkan bertanding pada pilihanraya kecil ini.

Sebelum ini, seramai lima orang telah menghantar borang percalonan di Pusat Penamaan Calon yang terletak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.

Walaubagaimanapun, seorang calon bebas Mohd Saberi Othman telah ditolak percalonanya ketika masa bantahan kerana beliau serta pencadang dan penyokonya bukan anak tempatan.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya selepas masa bantahan pada jam 11.50 pagi tadi.

Beliau telah diiringi hampir 3000 penyokong Pakatan Rakyat dan telah menghantar borang percalonan pada jam 9 pagi serta dicadangankan oleh Ibrahim Ahmad dan disokong Hasan Othman

Antara pemimpin yang turut mengiringi Mansor ialah Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim; Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Nizar Jamaluddin Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin dan beberapa pemimpin parti itu memasuki kawasan pusat penamaan calon di IKBN

Barisan Nasional, minggu lalu telah mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak bertanding untuk merebut kerusi Dun Penanti.

Pada pilihanraya umum Mac 2008, penyandang - Mohammad Fairus Khairuddin yang mewakili KeADILan menewaskan calon Barisan Nasional - Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Dun Penanti mempunyai 15,384 pengundi yang terdiri daripada 72.6% Melayu, Cina (24.2%), India (2.4%) dan lain-lain (0.7%).

Kerusi Penanti telah dikosongkan oleh Fairus pada 16 April lalu selepas mengambil keputusan untuk menyambung pelajaranya di luar negara.


- dari Suara Keadilan Online.


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/  

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Takziah Buat Kerabat Allahyarham Ismail Yaakob ~ malaysiakini

Dukacita saya menerima berita pemergian Haji Ismail Yaakob, Ahli Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Kelantan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mail disahkan meninggal jam 5.50 pagi hari ini (22hb Mei 2009) di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu.

Allahyarham terkenal sebagai seorang aktivis yang gigih memperkasa Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan juga sebagai wakil rakyat DUN Manek Urai semenjak dari tahun 1986.

Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama mereka yang soleh.

Saya dan Azizah merakamkan takziah buat keluarga Allahyarham Pak Su Mail dan semoga tetap sabar menghadapi dugaan Allah S.W.T.

ANWAR IBRAHIM

- dari anwaribrahimblog 

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/  

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

May 19, 2009

Letter of Demand sent to Anifah Aman ~ malaysiakini




S N NAIR & PARTNERS Your Ref: Please Advise Our Ref: SNN/DSAI/Anifah/09

Date: 18th May 2009

Y.B. DATUK ANIFAH BIN HJ. AMAN By Fax 03-8889 1717 03-8889 2816

Menteri Luar Negeri,                                     Certificate of Posting Kementerian Luar Negeri, Aras 3, Wisma Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62602 PUTRAJAYA.

YB,

Re:      Libellous Statement

We act for Datuk Seri Anwar Ibrahim who is the Former Deputy Prime Minister and is presently the Leader of the Opposition in the Malaysian Parliament.

We are instructed that on or about 16th May 2009, you uttered and or made a statement at the State Department in Washington during a joint press conference with US secretary of State Mrs. Clinton, that was published and/or caused to be published by Associated Press and was consequently carried by The Star Newspaper (and several local print and electronic media), which was captioned as “Anwar offered me the DPM’s post, says Anifah” which is reproduced in full and verbatim hereinbelow:

“Anwar offered me the DPM’s post, says Anifah

Washington: Foreign Minister Datuk Anifah Aman has revealed that Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had offered him the post of Deputy Prime Minister as bait to switch sides after the general election last year.

“Just for the information of the audience here, Anwar said he would form a government on Sept 16 but he has changed the dates many times. And he was trying to entice Members of Parliament.

“I was personally offered a very lucrative position, like a deputy prime ministership.  These facts are not known to the world at large,” he said during a joint press conference with US Secretary of State Hillary Clinton, which was packed with American and foreign journalists.

“And he has started trying to buy other legislative members. I think he has not accepted the result of the last elections.

“We (Barisan Nasional) have lost five states and we willingly accept the people’s verdict.”

A Reuters journalist had earlier asked Clinton whether she raised the Anwar issue at her meeting with Anifah as the State Department’s annual human rights report had mentioned that charges against Anwar were politically motivated.

Clinton replied that she had raised the rule of law issues and larger questions concerning institutional reforms that Malaysia had been pursuing.

Anifah, who was clam throughout, said he had faith in Malaysia’s judicial system, citing the case of Perak where the High Court had reinstated Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin as Perak Menteri Besar although it was a ruling made against the Federal Government.

Anifah said Anwar was tarnishing the image of Malaysia.

“It is our wish and hope that he will respect the democratic system in Malaysia.”

Anifah told another journalist that Malaysia would use the “good office” of the Asean secretariat to find a solution to the case involving Myanmar’s pro-democracy leader Aung San Suu Kyi who faces new charges less than two weeks before her house arrest was due to end after an American man swam across a lake and entered her home.

On improving US relations with Islamic countries, Clinton said that United States would seek out partners like Malaysia and the Organisation of the Islamic Conference for guidance.” (hereinafter called “the Impugned Article”).

Inter alia, the Impugned Article contained the following defamatory words uttered and or quoted by you about our client:

i. “Foreign Minister Datuk Anifah Aman has revealed that Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had offered him the post of Deputy Prime Minister as bait to switch sides after the general election last year.”

ii. “Just for the information of the audience here, Anwar said he would form a government on Sept 16 but he has changed the dates many times. And he was trying to entice Members of Parliament.”

iii. “I was personally offered a very lucrative position, like a deputy prime ministership.  These facts are not known to the world at large,” he said during a joint press conference with US Secretary of State Hillary Clinton, which was packed with American and foreign journalists.”

iv. “And he has started trying to buy other legislative members. I think he has not accepted the result of the last elections.”

v. “Anifah said Anwar was tarnishing the image of Malaysia.”(collectively hereinafter called “the Impugned Words”)

The Impugned Article and the Impugned Words were and are defamatory and or libellous of our Client and in their natural and ordinary meaning and or by implication mean, meant and were understood to, inter alia, mean that:

i) our Client is a dishonest person both in his private and official capacity;

ii) our Client is a liar;

iii) our Client is an untrustworthy person as well as an unfit politician;

iv) our Client is unfit to hold public office;

v) our Client is unprincipled and corrupt;

vi) our Client has committed a criminal offence punishable with imprisonment;

vii) our Client is unethical; and

viii)our Client wantonly abuses his position in public and private office.

By innuendo, the Impugned Article and the Impugned Words were and are defamatory and or libellous of our Client and were meant and were understood to, inter alia, mean that:

i) our Client is a dishonest person both in his private and official capacity;

ii) our Client is a liar;

iii) our Client is an untrustworthy person as well as an unfit politician;

iv) our Client is unfit to hold public office;

v) our Client is unprincipled and corrupt;

vi) our Client has committed a criminal offence punishable with imprisonment

vii) our Client is unethical; and

viii) our Client wantonly abuses his position in public and private office.

Inter alia, our client contends the following in that, the Impugned Article and the Impugned Words published by you in respect of our client:-

a) are bereft of any truth, vexatious, specious, fallacious and wholly uncalled for;

b) are and were grossly negligent, reckless, irresponsible, deliberate, malicious and aimed to lower our client’s esteem in the eyes of the public, both locally and internationally, and expose our client to public hatred, scorn, odium, opprobrium, contempt and ridicule;

c) are wholly untrue, motivated by malice, mala fides, distortion of facts suggesting moral and legal impropriety on the part of our client and are principally done in your pursuit of seeking cheap publicity /sensationalism for political and other purposes; and

d) are pre-mediated and calculated to tarnish, malign, defame and seriously injure the good name and character of our client.

We are further instructed that you have republished or caused it to be republished the abovementioned Impugned Article and Impugned Words and the libellous comments.

The Impugned Words uttered and published by you in respect of our client and the comments against our client by you, amounts to a very serious libel on our client and have caused our client considerable distress and embarrassment. These Impugned Words published by you in respect of our client and comments made against our client are false, malicious and your attack on our client is wholly unjustified.

We are therefore instructed to demand from you, which we hereby do:

1) An immediate and unequivocal public retraction of the Impugned Article and the Impugned Words and the removal and retraction of all the offending and defamatory comments, forthwith;

2) An apology in the terms to be approved by us as solicitors to be published in newspapers of our client’s choice.

3) An undertaking by you not to repeat the above allegations and comments such as the Impugned Words or the likes of the same.

Our client has also instructed us to demand damages of RM100 million from you for the injury caused to our client’s reputation.

Our client has also requested us to demand payment of all legal costs that has been incurred with regard to this matter.

This letter is written in accordance with the pre-action protocol prior to the institution of a libel action. We look forward to hearing from you without delay. If we do not receive a satisfactory reply within seven (7) days of the receipt of this letter, our instructions are to institute legal proceedings against you. In the meantime, our client reserves all our client’s rights in this matter.

Please acknowledge receipt accordingly.

Thank you.

 

Yours faithfully,

S N NAIR & PARTNERS

Related Posts with Thumbnails