Salam Sejahtera...!!! Salam Perjuangan...!!! & Salam REFORMASI...!!!!
Komiti keADILan Bayan Baru™ berkonvoi dengan sebuah van ke Parlimen Kuala Terengganu dimana berlangsung Pilihan Raya Kecil bertembungnya Lawan 3 penjuru dari parti Parti Islam SeMalaysia (PAS), Barisan Nasional (BN) & BEBAS.
Ahli-ahli komiti yang telah bertolak awal secara berasingan walaupun awal sehari dua dapat dihubungi dan perjalanan pun bermula dari JDM Sungai Nibong Kecil pada jam 10:30 malam 16hb Januari 2009 (Jumaat Malam Sabtu). Ramai dikalangan yang tidak dapat menyertai bertanyakan kenapa 'lewat atau lambat' bertolak ke Kuala Terengganu..??
Tujuan komiti 'last-trip' ini adalah hanya untuk sesi 'Lawatan sambil Membantu' mana yang perlu di saat akhir. Perjalanan yang sederhana perlahan berhenti buat kali pertama di kawasan rehat Puncak Banjaran Titiwangsa pada jam 1:50 pagi untuk menghilangkan dahaga dan berehat seketika.
Kesemua 12 penumpang termasuk pemandu tidak dapat berehat lama di situ kerana suhu di sekitar kawasan rehat amat sejuk dalam suasana kabus tebal. Perjalanan disambung semula pada jam 2:15 pagi sehingga memasuki Jeli, Tanah Merah, Machang dan akhirnya Pasir Puteh di negeri Kelantan dan memintas masuk ke negeri Terengganu melalui Jerteh.
Tidak sampai 500 meter dari sempadan negeri Kelantan-Terengganu, 1 sekatan Jalan Raya (road-block) ala-ala Ops Sikap mahupun Ops Imigresen telah menahan kenderaan kami. Namun hanya seketika tidak sampai 5 minit, kami dilepaskan. Waktu ketika itu jam 3:55 pagi.
Hanya 20 minit dari lokasi pertama, 'road-block' ke-2 pula mengejutkan kami, anggota polis bertugas dengan tegas mengejutkan semua yg ada dengan meminta kad pengenalan masing-masing dikeluarkan untuk diperiksa, hanya 2 orang sahaja yg di periksa teliti kad pengenalan mereka, pemandu dan penumpang di belakang pemandu.
Mungkin pada waktu sedemikian, 4:15 pagi, anggota polis terbabit dan pasukan 'terkejut' dengan kehadiran kami, mana mungkin jangkaan mereka kami ni agaknya 'pengundi hantu' ataupun petugas yang hendak membuat kacau. Kelegaan kami hanyalah seketika, tidak sampai 30 minit kemudian sekatan ke-3 ditempuhi dengan hanya pemeriksaan Cukai Jalan kenderaan dan nasihat dari pegawai bertugas agar 'berhati-hati memandu, Kuala Terengganu masih jauh..'
Sangkaan kami mungkin banyak lagi 'road-block' yang akan dihadapi, tetapi meleset..cuma yang ke-4 dan terakhir sebelum memasuki Kuala Terengganu 30 minit kemudian tanpa ada masalah.
Perjalanan diteruskan pada jam 5:15 pagi hinggalah ada permintaan supaya berhenti untuk membuang air kecil dan minum seketika di Kuala Terengganu. Pada jam 5:45 perjalanan disambung semula hanya sekitar 15-20 minit sebelum memasuki salah sebuah Masjid Jamek di kawasan Kuala Terengganu untuk menunaikan solat Subuh.
Memasuki jambatan Kuala Terenganu pada jam 7:27 pagi dan pemandangan kelihatan Masjid 'Kristal' di bahagian kanan kami. Seterusnya kelihatan perang bendera, poster dan bill-board di kawasan sekitar.
Pada sebelah pagi hingga tengahari, kami berada di UPU Chendering bersama Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Pulau Pinang & Skuad AMK Malaysia yang telah bermarkas disitu. Namun kami bergerak pula ke UPU di Wakaf Mempelam & Kuala Ibai untuk meninjau keadaan yang dilaporkan 'panas'.
Yang paling mengejutkan, calon BN yang telah tewas, Wan Farid, telah ditemui oleh konvoi kami semasa lawatan dari satu tempat ke satu tempat, hadir berseorangan tanpa ada 'body-guard' mahupun penyokong, kesian pulak kami tengok..sampaikan terlupa nak ambek gambar beliau masa tu..
Mengikut laporan dan statistik, kebanyakan kawasan dan UPU menunjukkan keadaan amat menyebelahi PAS. Dan kami melalui orang kuat dan lama yang turut bersama konvoi, Pak Berahim, amat yakin, Kuala Terengganu akan DITAWAN oleh PR / PAS.
petugas PAS dari Sabah..wakil PKR dari Hulu Langat turut memeriahkan suasana..