Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Dec 30, 2009

Dakwat kekal: RM2.4 juta menjadi debu...


WRITTEN BY FAISAL MUSTAFFA
TUESDAY, 29 DECEMBER 2009 18:34

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong memberitahu umum bahawa 47,000 botol dakwat kekal yang dibeli untuk mempastikan tidak berlaku pengundian berganda dibakar pada Nov 25, 2009 kerana tarikh penggunaannya sudah luput.

Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan untuk tidak menggunakannya pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) lalu, agensi itu sepatutnya mengambil sikap yang lebih proaktif dengan mencari alternatif bagi menyelamatkan pembelian tersebut yang berjumlah RM2.4 juta itu.

Sebenarnya, bermula daripada Mac 8, 2008, SPR mempunyai 20 bulan untuk mencari pembeli-pembeli berpotensi tetapi gagal berbuat demikian. Ataupun SPR boleh sahaja menggunakannya di lapan pilihan raya-pilihan raya kecil bagi membuktikan serius dalam menjalankan proses pilihan raya, namum mereka tetap gagal.

Mungkin alasan mereka sibuk.

Punca dakwat kekal tidak digunakan

Ketika disoal wartawan pada Jun 1, 2008 pengerusi SPR waktu itu Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu bahawa pihaknya terpaksa membatalkan penggunaan dakwat apabila Kabinet menolak syor yang dikemukakan bagi menjadikan ia sebagai peruntukan undang-undang ketika hari pengundian.

"Alasan paling utama berkaitan dengan peruntukan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan hak seseorang untuk mengundi dalam pilihan raya.

"Jika SPR mengenepikan keputusan Kabinet, sebaliknya memutuskan untuk meneruskan rancangan untuk menggunakan dakwat kekal, jadi bermakna SPR mengambil risiko boleh didakwa melakukan sesuatu di luar bidang kuasanya dan sudah tentu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Kata beliau lagi, kabinet pada hari Parlimen dibubarkan menolak langkah SPR menggunakan dakwat khas atas dua alasan iaitu perundangan dan keselamatan.

Arahan jemaah menteri?

Pada Mei 17, 2008, pengerusi SPR itu telah mengeluarkan kenyataan yang berlainan dengan mengatakan bahawa beliau menerima arahan daripada kabinet untuk membatalkan rancangan untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal.

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi pula keesokan harinya memberitahu bahawa kabinet tidak mengarahkan SPR untuk membatalkan rancangan untuk menggunakan dakwat kekal pada PRU12 tetapi hanya mencadangkan sedemikian.

Menurut jawapan yang dikemukakan kepada Perdana Menteri di Parlimen pada 7 Julai, Jemaah Menteri tidak pernah mengarah pengerusi SPR untuk berbuat demikian; oleh itu kenyataan pengerusi SPR dirasakan adalah kurang tepat. Aku terus membuat konklusi sendiri bahawa Abdul Rashid telah berbohong secara sedar. Tak mungkin beliau tidak mengetahui perkara sebegini penting.

Ada laporan polis?

Ketua Polis Negara mendakwa bahawa terdapat laporan-laporan polis dibuat di Kelantan, Perlis dan Kedah di antara Februari 16-21, 2008, dan polis telah menjalankan siasatan.

Menurut Abdul Rashid, SPR terpaksa membatalkan cadangan itu setelah mengambil kira laporan keselamatan yang mereka terima. Laporan keselamatan mendedahkan bahawa terdapat pihak tertentu di Malaysia yang telah membeli dakwat tersebut di luar negara.

Pihak tersebut dikatakan merancang untuk mencalitkan dakwat itu pada kuku pengundi di kawasan luar bandar bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Musa Hassan yang turut bersama-sama dalam sidang akhbar bagi membatalkan penggunaan dakwat kekal berkata bahawa polis sedang menyiasat empat kes membabitkan empat orang individu berlainan yang disyaki cuba melakukan penipuan dakwat kekal.

Keempat-empat lelaki berkenaan, yang bekerja sendiri dan berusia 20 hingga 33 tahun, sedang disiasat.

"Modus operandi mereka ialah pergi ke kampung-kampung untuk mencalitkan dakwat pada kuku pengundi dan mereka memberitahu pengundi kononnya tanpa dakwat itu mereka tidak boleh mengundi.

"(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (kabinet) percaya ia memang benar-benar wujud," kata Rashid.

Tetapi ia bercanggah dengan jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Syed Jaafar Albar ketika menjawab soalan Parlimen wakil Batu Gajah Fong Poh Kuan pada 5 Mei 2008. Syed Hamid mengesahkan bahawa sebenarnya tiada sebarang bukti berkenaan penyeludupan dakwat kekal dari negara jiran seperti yang didakwa oleh Abdul Rashid.

Alasan lain

Perdana Menteri juga memberitahu di Parlimen bahawa selain daripada itu, ejen-ejen mengundi juga sudah tentu akan membantah mereka yang sudah dicalit dakwat kekal di atas jari kuku masing-masing daripada cubaan mengundi kali kedua. Apa yang berlaku ialah mereka telah diperdayakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jika ketegangan di antara pengundi dan ejen-ejen mengundi berlaku di saluran mengundi di seluruh negara, pihak polis sudah memaklumkan kepada SPR bahawa mereka tidak mampu untuk mengawal ketegangan yang mungkin berlaku sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam pada hari mengundi. Justeru itu, pihak polis telah menasihatkan SPR supaya menarik balik cadangan penggunaan.

Saya, bagi pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah membuat laporan polis berkenaan hal demikian di balai polis Dang Wangi pada Mei 23, 2008 bersama teman dari National Institute For Electoral Integrity (NIEI) di mana kami mencadangkan mungkin terdapat komplot di antara pengerusi SPR, Perdana Menteri, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara dan pengerusi SPR bahawa terdapat laporan polis berkaitan dengan penyeludupan dakwat kekal dari negara jiran juga tidak betul. Malah, pihak polis mengesahkan tidak menemui sebarang bukti adanya mana-mana pihak yang telah membawa masuk dakwat kekal bagi usaha mensabotaj ketelusan perjalanan PRU12 lalu.

Menurut jawapan Syed Hamid ketika menjawab soalan Fong, sebenarnya tidak ada laporan polis dibuat dan maklumat mengenai penyeludupan dakwat kekal itu hanya berdasarkan khabar angin (hearsay).

Sekiranya kita menurut kenyataan Menteri Dalam Negeri, kenyataan tersebut telah bercanggah dengan Perdana Menteri (kedua-duanya melalui kenyataan Parlimen) kerana menurut Perdana Menteri berkata pihak PDRM telah menerima empat laporan berasingan tentang rancangan untuk sabotaj proses pilihanraya dengan menggunakan dakwat kekal di Perlis, Kedah dan Kelantan.

Sekiranya kita menurut laporan polis, tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420/511, Kanun Keseksaan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang mana laporan polis dibuat oleh beberapa individu yang bimbang dengan penggunaan dakwat tersebut. Mereka mendakwa dakwat berkenaan kononnya boleh diperolehi secara mudah di negari Thai dan bimbang ada pihak-pihak yang berkepentingan akan menyalahgunakan dakwat tersebut.

Ternyata sudah terbukti tidak ada penyelewengan pun berlaku. Sekiranya laporan polis itu sengaja diadakan oleh pihak tertentu, mengapa tidak ada sebarang pendakwaan ke atas pihak yang membuat laporan palsu?

Jadi, apakah nasib kita pada masa hadapan; mempunyai SPR yang bacul dan sanggup dicucuk hidung mereka atas kepentingan politik pihak tertentu?


sumber dari [sini]

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://n12adunpenanti.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Dec 29, 2009

Program Santai Ketua Polis Pulau Pinang Di Bayan Baru

Bergambar di depan Restoran Dinas Batu Maung


Sdr Hazril S/U JKKK Sg Ara sedang mengajukan soalan


Antara penyumbang kepada program tersebut


Antara penyumbang kepada program tersebut



Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Ayub sedang bertemu dengan orang ramai

Pada 27 Dec 2009 - Ahad, Di Perkarangan kawasan Gerai MPPP Market Bayan Baru telah diadakan program Konvoy dan sessi bertemu orang ramai bersama Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Wira Ayub yang hadir pada jam 1.30petang. Sepatutnya mengikut jadual yang disediakan, kehadiran beliau sepatutnya pada jam 12.30tghari. Macam mana nak tunjuk contoh kepada rakyat..?? 1 jam lewat ke program, patut dia minta maaf laaa, keras aja bagi ucapan.

Beliau hadir bersama konvoy motosikal berkuasa tinggi yang hampir seramai 30 orang bersama anggota dan pegawai polis yang turut serta dalam program tersebut.Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah YB Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak) , Sdr Azrizal ( PA YB Abdul Malik Kassim, ADUN Batu Maung) dan juga Sdr Danny Ho (Wakil Ahli Parlimen Bayan Baru).

sumber dari blog kerani-opis

Sumber Info : Pinggan ubi kayu boleh dimakan dan mesra alam ~ malaysiakini

Pinggan pakai buang ubi kayu

Hasil keluaran NHI berbeza dengan pinggan polistrin kerana pinggan ubi kayu lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tempoh 28 hari.

pinggan-pakai-buang-yang-boleh-dimakan-dihasilkan-daripada-ubi-kayu

Pinggan pakai buang yang boleh dimakan, dihasilkan daripada ubi kayu

UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara. 'Resume' ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.

Sejak diperkenalkan pada awal Oktober lalu, NHI menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mengetahui keistimewaan pinggan ubi kayu. Dengan dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang.

Memang diakui di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120 hingga 80 hari untuk terbiourai. Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari.

Pengarah Urusan NHI, Ramaness Parasuraman, berkata pinggan daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran NHI, sebaliknya syarikat itu akan menghasilkan mangkuk, sudu, garfu selain bekas makanan dan talam daging daripada bahan itu mulai tahun depan.

Ramaness berkata, matlamat utama syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu bertujuan untuk memberi pilihan produk yang mesra alam kepada pengguna.

"Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar. Ia mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan," katanya. Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar.

Ramaness berkata, syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu berasaskan pemerhatian selain pembangunan dan penyelidikan yang dilakukannya.

"Dulu ubi kayu popular sebagai kerepek. Sekarang, ia boleh dibangunkan menjadi pinggan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi petani. Penggunaan pinggan ubi kayu juga bersesuaian dengan polisi sesetengah negara yang menggalakkan produk mesra alam," katanya.

Beliau berkata, polisi kebanyakan negara barat yang mengharamkan penggunaan bekas makanan daripada polistrin membuka ruang kepada produk berkonsepkan mesra alam seperti pinggan ubi kayu.

"Ketika kami membawanya ke Amerika Syarikat buat pertama kali, ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Malah, kami menerima tempahan dari sebuah rangkaian hipermarket di negara itu dan mulai tahun ini kami akan meningkatkan pengeluarannya," katanya.

Selain Amerika Syarikat, konsep mesra alam pinggan ubi kayu ini turut menarik perhatian syarikat pengendali kereta api China, iaitu China Railways Road yang menyediakan ribuan kotak makanan sehari untuk penumpangnya menggunakan pinggan pakai buang, polistrin.

Bekas makanan itu biasanya sukar diuruskan kerana jumlahnya yang banyak dan mengambil masa lama untuk dilupuskan.

Ramaness berkata, selain mempromosikan produk mesra alam untuk menembusi pasaran antarabangsa, pengeluarannya pinggan ubi kayu boleh meningkatkan taraf hidup petani di negara ini yang mengusahakan tanaman itu.

Ketika ini kebanyakan bekalan ubi kayu yang diperoleh NHI dibawa masuk dari Thailand. Namun, menjelang tahun depan bekalan mentah ubi kayu juga dijangka diperoleh dari ladang tempatan seperti Kelantan.

NHI kini beroperasi di Nilai dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta unit sebulan. Oleh kerana sambutan sungguh menggalakkan daripada pasaran tempatan dan luar negara, NHI akan memperbesarkan saiz kilang, menambah lima buah mesin yang dibeli dari Jerman.

Peningkatan taraf kilang dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan. Untuk memenuhi permintaan dari negara luar antaranya Amerika Syarikat dan China, NHI juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dan menjadi wakil pengedar.

INFO: Pinggan ubi kayu

# Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu

# Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.

# Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.

# Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.

# Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.

# Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.

# Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.

# Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.

# Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.

# Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.

sumber : Asas Tani Organik

Pinggan dan mangkuk mesra alam boleh didapati di laman web nie…..

http://safglobalsolutions.blogspot.com/


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Dec 28, 2009

Shahidan Kassim Bakal Mufti Perlis..???



Konvensyen Sunnah Kali ke 5 anjuran Institut Al Qayyim yang diadakan di Mengkuang, Bukit Mertajam turut dihadiri oleh bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan berjubah putih yang membuktikan bahawa beliau sememangnya menyokong perjuangan yang dibawa oleh bekas Mufti Perlis, Dr.Asri Zainul Abidin dalam isu fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Shahidan yang ditemui selepas konvensyen tersebut berkata Konvensyen Sunnah ini amat penting diadakan dari masa ke semasa.

"Apa yang saya lihat ialah komitmen yang ditunjukkan oleh NGO yang menganjurkan konvensyen ini tanpa adanya bantuan daripada pihak kerajaan maupun pihak berkuasa agama tetapi berjaya untuk menjana minda dan memberi pendedahan secara ilmiah kepada masyarakat betapa pentingnya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini menjadi teras ikutan dan panduan dalam amalan kehidupan seharian terutamanya dalam konteks masyarakat negara ini.

"Semasa saya menjadi MB dahulu pernah perkara ini diutarakan supaya Konvensyen Sunnah ini diadakan kerap dalam masa setahun.Kita mempunyai begitu ramai para ilmuan dan cendekiawan dalam bidang agama termasuklah mereka yang mendapat pendidikan daripada Timur Tengah,Ini semua dapat kita garapkan supaya ia dapat memberi manfaat yang besar kepada masyarakat,agama dan negara.Islam tanpa pembaharuan akan terdedah kepada perkara bidaah yang akan merosakkan agama."

Menyentuh mengenai dakwaan beberapa imam masjid di negeri Perlis yang dikatakan meletakkan jawatan kerana berlakunya percanggahan dalam fahaman mazhab beliau berkata imam yang meletakkan jawatan dalam negeri Perlis ada pelbagai sebab dan alasan yang tersendiri.

"Jika ada imam-imam yang enggan menurut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mereka ingin mengikut fahaman yang bertentangan sudah pasti mereka mesti berhenti daripada memegang jawatan tersebut.Sekiranya saya menjadi pemerintah sekali pun saya tidak akan mengambil imam yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini untuk berada dibawah pentadbiran saya maupun dimana-mana sahaja.

"Imam yang telah menggunakan media sebagai tempat mereka mengeluarkan pandangan adalah orang yang tidak layak untuk menjadi imam.Mereka ini juga telah cuba untuk mengubah apa yang telah lama dipraktikkan di negeri Perlis dan di masjid-masjid berkenaan yang sememangnya mengamalkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Negeri Perlis adalah sebuah negeri yang terbuka untuk memberi pandangan dan pendapat sekiranya berlakunya percanggahan mengenai apa jua isu yang membabitkan fahaman mazhab dan agama.

sumber : SIASAH

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Dec 27, 2009

Laman Web Suara Keadilan Sudah Bisu & Kelu, Kenapa...???




Suara Keadilan Online laman berita rasmi Parti Keadilan Rakyat, satu daripada komponen parti Pakatan Rakyat yang kuat kerana bilangan ahli parlimennya yang paling ramai. Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah daripada parti Keadilan Rakyat.

Sudah lebih daripada 8 bulan membisu, kelu dan hilang serinya. Cukup mengaibkan dan amat memalukan seluruh warga Parti Keadilan Rakyat.

Jika Harakahdaily yang slow dan lembabpun saya telah banyak mengecam dan mengkritik. Saya tak tahu apa perlu saya buat kepada Suara Keadilan Online.

Dulu Zunar mengendalikan Suara Keadilan Rakyat. Berapa gaji yang diberikan sehinggakan Zunar boleh keluar dan mengendalikan urus niaganya sendiri.

Zunar bukan sebarang orang, lincah, licik dan cukup bijak mengatur maklumat dan propaganda. Lihat semasa dia bekerja dengan Harakah cetak. Banyak isu diutarakan dan beberapa bentuk saraf dan propaganda dilakukan sehingga UMNO/BN tidak duduk diam dek kerana kerenahnya. Dia juga antara pemeri maklumat penting kepada laman-laman pada masa itu. Laman M@rhein adalah antara yang menerima maklumat bulat daripada Zunar, sehingga Harakah cetak membuat temu ramah secara rasmi dan memberikan ruang dalam Harakah kepada webmaster M@rhein. TranungKite laman yang saya menghantar tulisan tidak mendapat tempat sebaik m@rhein walaupun laman TranungKite adalah di usahakan oleh Pemuda PAS Kawasan Dungun.

Jika dikatakan Parti Keadilan Rakyat tidak ada orang yang mahir mengendali dan menasihati laman webnya, itu suatu cukup jelik. Haji Abdul Rahman Yusof bekas MP Kemaman, sekarang ini adalah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Terengganu juga merupakan Setiausaha Politik Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah orang yang cukup berpengalaman dalam hal ini.

Zaman reformasi dulu Abdul Rahman lah orang yang begitu banyak memainkan peranan. Saya tidak akan cerita panjang mengenai hal ini. Sudah cukup maklumat itu untuk kita menghukum bersama.

Kalau laman pun masih PKR belum bersedia untuk direformasi, sejauh mana PKR hendak menguasai media baru ini.

Saya menulis perkara ini kerana saya melihat PKR (sesetengah orangnya) lebih mengutamakan perang saraf untuk menaikkan nama orang tertentu dalam PKR dan menjatuhkan musuh dengan menggunakan blogger.

Saya tidak bercadang untuk berbicara secara terperinci bagaimana beberapa orang di kalangan PKR yang menggunakan blogger ini untuk menyerang orang-orang yang tidak disukai dalam PKR dan lebih-lebih lagi orang-orang tertentu dalam PAS bagi mencapai matlamat PKR yang dirancang. Zunar lebih mengetahui perkara ini. Anda boleh bertanya beliau berapa peruntukan kewangan yang diberikan oleh PKR untuk blogger ini mengemas kini bagi tujuan tertentu termasuk menyerang pimpinan yang tidak sehaluan dengan DSAI. Haji Man pun tahu.

Saya berpendapat perkara ini patut dihindarkan. Fokus kepada Pakatan Rakyat dan perbetulkan matlamat tujuan kelahiran blogger dan berikan tumpuan untuk menjatuhkan Kerajaan Korupsi Barisan Nasional. Utamakan keadilan untuk rakyat.

Saya berharap benar Suara Keadilan Online menjadi satu daripada sumber maklumat yang perlu bagi kita mencari kebenaran media.


Dec 26, 2009

ADUN Slim Perak Sembah Derhaka?


oleh Anak Sengat

Kemelut perlantikan JK Masjid di Perak khususnya di Batang Padang sepatutnya berakhir dengan arahan kebawah duli Tuanku Raja Nazrin Shah yang juga YDP Agama dan Adat Istiadat Melayu Perak. Baginda dilapor mengarahkan agar senarai nama asal yang telah diluluskan baginda diterima pakai.

Kemelut tersebut bermula apabila ADUN Slim, Datuk Khusairi Abd Talib campurtangan dalam pengurusan pentadbiran agama dengan meminta agar senarai itu disusun semula.

Umno yang dilihat terdesak untuk menguasai masjid terpaksa akur dengan kehendak kariah malantik jawatankuasa masjid yang bersesuaian dan berkelayakan setelah campurtangan Tuanku Nazrin.

Usaha Umno menggunakan kuasa politik melalui kuasa politik untuk menyusun semula senarai yang telah diperkenankan baginda ternyata gagal.

Tindakan Datuk Khusairi dilihat ramai sebagai cuba campurtangan kuasa agama yang terletak di bawah kuasa istana.

Harus diingat... penjajah sendiri tidak berani mengubah keputusan yang telah dibuat oleh pihak istana berkaitan masalah agama dan adat melayu.

Alangkah malangnya bagi Umno yang selama ini mencanangkan kedaulatan raja dengan memasang stiker " DAULAT TUANKU" di kereta masing masing bertindak membelakangkan keputusan yang telah ditandatangani Tuanku. Apa pula komen pemimpin Umno Perak yang kononnya mendakwa menjunjung institusi agama?

Bagi Umno, institusi istana bukan untuk dihormati, Ia hanya untuk dipergunakan bagi kepentingan politik mereka. Rakyat masih ingat bagaimana Umno bertindak menghina raja raja melayu sehingga dilondeh institusi yang begitu dihormati oleh orang Melayu.

Hanya Kelantan yang diperintah oleh PAS ketika itu tidak berkonfrantasi dengan istana. TGNA yang menjadi Menteri Besar Kelantan amat menghormati institusi agama kerana ia adalah adab dan akhlak yang diajar oleh agama.

Rakyat menanti tindakan YB Datuk Khusyairi yang mewakili Umno memberi reaksi berkaitan titah baginda. Sewajarnya beliau memohon maaf kepada baginda kerana tindakan membantah keputusan yang telah direstui oleh baginda adalah satu penderhakaan.

Walaupun beralasan kononnya senarai nama itu dipinda , tetapi tindakan membelakangkan keputusan yang telah direstui oleh baginda adalah satu penderhakaan.

Kita nantikan samada Datuk Khusyairi akan memohon kemaafan atau memilih derhaka kepada Baginda .... Satu lagi usaha Umno menyingkirkan Pengarah JAIP gagal... beerti Umno terpaksa mencipta isu baru bagi menguasai institusi agama di Perak.... usaha terdesak orang yang sedang nazak...

sumber : HarakahDaily


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Dec 25, 2009

Perutusan Hari Natal Dan Selamat Tahun Baru 2010

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru kepada rakyat Malaysia. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, maka tahun 2009 akan melabuhkan tirainya manakala menandakan permulaan bagi tahun 2010. Adalah menjadi kebiasaan, menjelangnya tahun yang baru, kita akan memperbaharui tekad dan keazaman demi mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan. Namun perlulah cita-cita dan keazaman itu disusuli pula dengan tindakan bagi menyempurnakan tekad itu.

Sepanjang tahun ini kita menyaksikan akibat buruk kesan dari krisis kewangan yang melanda dunia. Malaysia dan rakyatnya tidak terkecuali dari menerima kesan tersebut. Episod ini menyedarkan kita untuk menilai dan merenung setiap dari kesalahan dan kecuaian, bukan sahaja oleh mereka yang berada di Wall Street ataupun tempat lainnya, malahan juga untuk bermuhasabah kesilapan serta kecuaian kita sendiri. Ini mengingatkan saya kepada karya Charles Dickens yang terkenal; A Christmas Carol.

Watak Ebenezer Scrooge yang tamak dan sering menindas pekerjanya dikunjungi Ghost of Christmas Past, Ghost of Christmas Present dan Ghost of Christmas Yet To Come selepas tujuh tahun kematian rakan kongsinya. Karya Dickens itu sewajarnya menjadi peringatan bahawa ketamakan, pemborosan dan penindasan hanya membawa keburukan. Pun demikian ianya juga membawa maksud Perubahan tidaklah mustahil. Scrooge yang tamak haloba itu, pada pengakhiran novel tersebut berubah menjadi seorang yang berperikemanusiaan dan sanggup untuk membetulkan kesalahannya.

Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru.

ANWAR IBRAHIM


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiga Kereta Perdana V6 Terengganu Hilang


KUALA LUMPUR: Pembaziran wang rakyat oleh rejim BN terus berlaku dan kali ini di Terengganu yang melibatkan kehilangan tiga buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilaporkan hilang di tiga tempat berasingan sepanjang tahun lalu.

Laporan mengenai kehilangan kereta itu diperoleh berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi 2008.

Wakil rakyat PAS/PR, Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika membangkitkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempertikaikan kehilangan itu yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, mengikut laporan itu kereta bernombor pendaftaran TAF 2277 yang digunakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu hilang di tempat letak kereta restoran makanan segera KFC di Batu Buruk di sini.

''Sebuah lagi kereta bernombor pendaftaran TAM 323 hilang di tempat letak kereta Tesco, Ampang, Selangor, manakala kereta bernombor pendaftaran TAF 8181 bagi kegunaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri hilang di rumahnya,'' katanya semasa membahaskan Bajet Terengganu 2010 pada persidangan DUN hari ini.

Jelasnya, beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menyedarkan betapa tidak seriusnya pegawai kerajaan negeri dalam mengawasi dan menjaga kereta milik kerajaan.

''Saya bukan mereka-reka cerita tetapi pendedahan dibuat setelah meneliti laporan tersebut. Walaupun semakan audit mendapati tiga pegawai telah membuat laporan polis pada hari kehilangan tetapi pemantauan kurang dilakukan.

''Sehingga kini satu kes kehilangan kenderaan (TAF 2277) telah selesai manakala dua kes lagi masih di tangan Jawatankuasa Penyiasat,'' katanya.

Sebuah dari kereta itu telah ditemui manakala dua lagi kekal hilang.

Sementara itu, turut dilaporkan hilang awal tahun ini ialah sebuah jengkaut milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang hanya dijumpai di tempat pembuangan sampah MBKT di Kampung Tok Koh, Sungai Ikan.

Beliau berasa hairan bagaimana jengkaut sebesar dan seberat puluhan tan metrik itu boleh hilang tambahan pula harganya mencecah RM1 juta.

sumber : EraPakatan.com

Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Dec 24, 2009

Pengertian di sebalik insiden 66-63 di Parlimen

Buat pertama kalinya dalam sejarah Parlimen Malaysia, belanjawan dibentangkan Perdana Menteri nyaris ditolak sidang Dewan. Dalam pengundian secara belah bahagian bagi meluluskan bacaan kali ketiga Bajet 2010, Isnin (14 Disember) lalu, jumlah yang menyokong hanya lebih tiga undi berbanding yang menolaknya.

Hanya 66 daripada 137 Ahli Parlimen penyokong Barisan Nasional (BN) berada dalam Dewan ketika itu, berbanding 63 daripada 82 anggota pembangkang

Insiden itu amat mencemaskan BN. Sekiranya bajet itu gagal diluluskan, ia bukan sahaja melibatkan implikasi kewangan yang melumpuhkan kerajaan, malah turut meruntuhkan kredibiliti BN sebagai pemerintah negara. Hal itu mungkin terpaksa berakhir dengan sebuah pilihan raya baru.

Amat mujur bagi BN, hayat kerajaannya masih terselamat. Media mendakwa ia ekoran tindakan cepat menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen menghubungi Ahli Parlimen BN, termasuk Perdana Menteri dan timbalannya yang sedang menghadiri majlis berasingan di Kuala Lumpur, agar segera hadir ke Dewan Rakyat.

Meski pun BN terselamat daripada 'undi tidak percaya' itu, insiden 66-63 itu sudah membawa beberapa pengertian. Pertama, ia satu tampatan hebat buat imej kepimpinan Dato' Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN. Kemenangan sangat tipis ke atas pembangkang boleh ditafsir menerusi berbagai sudut. Antaranya mungkinkah 71 wakil BN yang tidak hadir itu menolak atau tidak menyetujui belanjawan Najib?

Kedua, ia petanda permulaan malang buat Najib dalam merancang dan menguruskan ekonomi negara. Sebagai belanjawan sulungnya, kelulusannya dengan kelebihan tiga undi bukan suatu yang membanggakan. Dari segi moralnya, belanjawan itu boleh dianggap telah tertolak.

Ketiga, jika dikatakan insiden itu perancangan Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk memalukan BN, maka ia sebenarnya perakuan tentang kehebatan pembangkang merencanakan sesuatu sehingga tidak dapat dihidu terlebih awal oleh agen-agen risikan BN yang kononnya sangat hebat. Hidung mereka yang selalunya lebih tajam daripada lalat hijau mencium bau perancangan pembangkang nampaknya tersumbat Isnin lalu.

Namun pengertian terpenting insiden itu ialah kita seolah-olah tidak pernah belajar dari kesilapan lalu. Tabiat buruk wakil rakyat yang suka ponteng sidang Dewan, sama ada di peringkat Parlimen mahu pun Dewan Undangan Negeri (Dun) bukan cerita baru.

Sebelum ini sudah kerap kedengaran teguran terhadap mereka yang tidak memandang serius tanggungjawab menghadirkan diri ke sidang Dewan. Kes Dun Kota Siputeh, Kedah yang kini masih dalam perbicaraan adalah contoh terbaik. Ia sepatutnya telah menyedarkan wakil rakyat tentang kesan buruk sikap sambil lewa mereka daripada mengambil bahagian dalam sidang Dewan.

Kes itu juga mencetuskan andaian betapa fenomena sebegitu agak lumrah di negeri-negeri lain, terutama di kalangan wakil BN. Mereka dikatakan tidak begitu mengambil berat soal prosedur ketidakhadiran ke sidang Dun kerana mengira bahawa tiada tindakan serius akan diambil ke atas mereka memandangkan kerajaan negeri dikuasai BN.

Tabiat serupa turut menjangkiti Ahli Parlimen. Mereka, terutama yang memegang jawatan dalam kerajaan, kerap beralasan mempunyai jadual bertindih dengan program rasmi di luar. Ada juga yang memberi alasan kesihatan.

Pernah berlaku persidangan yang sedang rancak berjalan terpaksa ditangguhkan apabila jumlah wakil rakyat dalam Dewan tidak melepasi korum.

Pernah juga wakil rakyat kedua-dua pihak menegur menteri yang sebahagian mereka sangat selesa membiarkan timbalan atau setiausaha parlimen sahaja menyantuni soalan-soalan anggota Parlimen. Keadaan bertambah pincang apabila jawapan yang dibekalkan oleh timbalan menteri tidak memuaskan hati pihak bertanya.

Apatah lagi sekiranya jawapan berkenaan mengandungi fakta yang bercanggah dengan jawapan yang pernah diberikan menteri. Hal itu berlaku beberapa minggu lalu apabila dua soalan serupa mengenai pembiayaan pengecualian bayaran tol yang diajukan secara berasingan kepada seorang menteri dan timbalan diberikan jawapan berbeza. Perdana Menteri menjawab ia ditanggung kerajaan, manakala timbalan menteri itu pula mengatakan ia ditanggung syarikat konsesi. Mana satu jawapan yang betul?

Di kalangan Ahli Parlimen yang hadir pula, ada yang sekadar mengambil syarat untuk melayakkan menerima elaun kehadiran. Mereka ini tidak berminat mengambil bahagian, apatah lagi menghabiskan masa sehari suntuk mengikuti perjalanan sidang. Atau sekurang-kurangnya menghadirkan diri ketika sesi penting, seumpama melibatkan pengundian sepertimana minggu lalu.

Meskipun fenomena ini berlaku di kalangan Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak, BN dan Pakatan, kesan lebih besar tentunya diakibatkan ketidak hadiran wakil kerajaan.

Bagi yang mendakwa wakil Pakatan juga tidak kurang malas dan tidak bertanggungjawab berbanding BN, mereka sepatutnya bersyukur kerana 19 lagi anggota pembangkang tidak mengundi. Bayangkan apa berlaku jika hanya empat lagi Ahli Parlimen Pakatan yang hadir malam itu.

Apa pun, kedua-dua pihak selepas ini seeloknya mengemukakan mereka yang benar-benar komited menyempurnakan tanggungjawab di Dewan sebagai calon untuk dipilih rakyat.

Dec 23, 2009

DAP Mendahului Pendaftaran Pengundi Baru...

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Dis 22 — Walaupun lebih dua dozen parti politik berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DAP dilihat dominant dalam menggerakkan pendaftaran pengundi-pengundi baru khususnya generasi muda sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Parti yang popular di pantai barat Semenanjung ini mengambil kesempatan perubahan landskap politik untuk menawan hati pengundi golongan muda.

Perkara ini diakui oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada The Malaysian Insider.

Kira-kira empat juta rakyat negara ini, majoritinya bawah umur 30 tahun, masih belum mendaftar sebagai pengundi.

"Saya rasa DAP parti yang mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan ini (pelantikan penolong pendaftar pemilih) dan 'mood' rakyat sekarang terutama generasi muda di kalangan kaum Cina," kata beliau.

"Amat ketara daripada peningkatan (jumlah pengundi baru) ialah usaha DAP dalam mendaftar pengundi-pengundi baru, yang mana berbanding Gerakan, MCA yang sepatutnya mengambil kesempatan ini, DAP mengeksploitasi peluang yang diberikan ini," kata Wan Ahmad lagi.

DAP berada di depan berbanding parti komponen Barisan Nasional yang lain MCA, MIC dan Gerakan yang masih berhadapan dengan masalah dalaman masing-masing.

"MCA bermasalah, jadi MCA tidak ada masa untuk membuat kerja ini (pendaftaran pengundi baru)," kata beliau sambil mengakui pendaftaran yang digerakkan oleh parti-parti politik sendiri boleh menyumbang sokongan kepada mereka semasa pilihan raya kelak.

"Lazimnya mereka akan mendaftar pengundi baru dengan menyatakan pendirian politik masing-masing.

"Jika mereka berjaya mendaftar pengundi muda ini bermakna parti-parti ini juga menarik penyokong untuk mereka semasa pilihan raya nanti... ini kelebihannya," kata Wan Ahmad lagi.

DAP memfokus negeri Melaka, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

Berada di belakang DAP ialah Umno yang mendaftar pemilih baru membabitkan semua negeri di seluruh negara.

PAS pula berada di tempat ketiga dengan fokusnya di negeri-negeri pantai timur dan utara Semenanjung iaitu Pahang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Parti Keadilan Rakyat kurang, dia sederhana sahaja," katanya lagi.

Walaupun tidak menyatakan perangkaan khusus mengenai penonjolan DAP ini, Wan Ahmad memberitahu: "Daripada 10 pengundi baru yang didaftarkan di Melaka, sebagai contoh, lima pemilih merupakan mereka yang didaftarkan oleh DAP."

Sejak tahun 2006 parti-parti politik dibolehkan melantik penolong pendaftar yang diberi kuasa mendaftar pengundi baru dengan setiap pendaftaran diberikan komisen.

Penolong pendaftar ini menyumbang kepada lebih 30 peratus pengundi baru yang didaftarkan setiap tahun.

Baru-baru ini SPR memperakui Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun ketiga 2009 iaitu dari Julai hingga September, menjadikan jumlah pemilih pendaftar terkini seramai 11,085,863.

DPT suku tahun ketiga mengandungi 81,625 pemilih yang terdiri daripada 67,502 permohonan pemilih baru dan 14,123 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Dec 22, 2009

Budaya ‘makan kawan’ punca Umno / Gerakan berebut - Dr Mansur

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR, 22 Disember : Pertelingkahan berhubung siapa paling layak menerajui komponen BN antara Gerakan dan Umno di Pulau Pinang membuktikan budaya kesepakatan yang diamalkan selama ini hanya bersifat retorik semata-mata. Sebaliknya parti-parti tersebut saling tidak menyenangi antara satu sama lain sehingga sanggup 'makan kawan' apabila berada dalam keadaan terdesak.

" Seharusnya dalam urusan pentadbiran parti, semangat kerjasama penting bagi menjamin kekuatan dan kelangsungan parti di masa bukannya bercakaran bila saat kehilangan kuasa,"

Hal ini ditegaskan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansur Osman ketika dihubungi Era Pakatan. Beliau diminta mengulas perebutan antara Umno dan Gerakan berhubung jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang, yang kini disandang oleh Tan Sri Koh Tsu Koon, bekas ketua menteri yang juga presiden Gerakan – parti yang menerajuinya selama lebih 35 tahun.

Menurut beliau, seharusnya Umno Pulau Pinang membantu rakan mereka yang di dalam kesusahan dan bukannya menambah kesulitan dalam parti.Tindakan ini berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa berganding bahu dan membantu antara satu dengan yang lain. "Kita dapat lihat tiada semangat kerjasama dalam parti BN. Budaya kawan makan kawan ni sebenarnya sudah menjadi amalan BN sejak sekian lama. Perebutan kuasa dikalangan ahli sendiri jelas menunjukkan perpecahan yang berlaku dalam BN sendiri.

"Ini juga antara bukti bahawa gabungan BN amat rapuh dan hanya bersandar kepada dasar perkauman sempit. Apabila rakyat membuka mata serta melihat skop politik yang lebih menyeluruh dalam kontek masyarakat pelbagai kaum komponen BN menjadi semakin kehilangan arah.

"Bukan sahaja di Pulau Pinang malah di negeri-negeri lain juga akan mengalami keadaan sebegini apabila masing-masing tidak lagi meyakini antara satu sama lain," jelas Dr Mansur. Tindakan Umno yang menuntut jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang jelas menunjukkan yang mereka inginkan kuasa tanpa ada langkah kerjasama untuk merampas negeri itu.

Namun, tindakan itu jelasnya akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat yang semakin kukuh kedudukannya ketika ini. Pakatan Rakyat sentiasa bekerjasama dalam merampas pemerintahan pusat yang diterajui BN ketika ini.

Semalam, Pemuda MIC Pulau Pinang menyokong cadangan agar pengerusi BN di negeri itu diambil alih oleh Umno, bukan lagi di tangan Gerakan, dalam usaha mereka merampas negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

Tindakan ini jelas menunjukkan perpecahan dalam Umno, MIC dan MCA Pulau Pinang ketika ini.

sumber : EraPakatan.com


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Dec 20, 2009

Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Sasar Putrajaya


Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan. Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.
Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak - di mana pengaruh Pakatan tidak kuat - dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan. Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat. Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana. Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.
Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah. Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.

Agihan ekonomi negeri Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman. Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.

Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara. Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang. Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.

Dasar Pakatan Rakyat itu merangkumi empat perkara, iaitu demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan; dan hubungan persekutuan-negeri dan dasr luar negara.

sumber : Malaysiakini


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Related Posts with Thumbnails